[VIDEO] Sambut Birthday Seorang Diri Dengan Gardenia, Aliff Syukri Buat Netizen Kasihan

Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan seorang usahawan kosmetik yang dikenali ramai. Semalam tanggal 3 April merupakan tarikh ulang tahun hari jadi beliau yang ke-33.

Menerusi laman Instagram beliau, usahawan tersebut memuat naik satu video diiringi dengan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Allah selamatkan kamu

 

View this post on Instagram

 

. . Di sebabkan Penyakit virus saya tak boleh keluar rumah utk raikan.. utk menyeru nasihat kerajaan.. tpi my para2 @cikbawang_ buat suprise utk sy sempena Hari lahir saya.. Syukur ahamdulillah kepada Allah kerana tahun ini aku genap umurku 33 Tahun dah terasa tua. Dan syukur kerana aku boleh merasai nikmat sehat, bahagia, nikmat bernafas dan masih bernyawa. Terima kasih kepada semua mak saya, arwah abah saya, nenek saya, anak anak saya, kakitangan saya, stokis saya, mp @as.legacymalaysia stokis dan frencis @dherbsholdingshq saya, peminat saya, heaters sy, pengguna pengguna saya, sesiapa sahaja di dalam muka bumi ini ❤️❤️ . . sempena hari lahir saya ingin memohon kemaafan sekiranya saya ada terbuat salah dan daripada hujung rambut saya sehingga hujung kaki saya. Saya sendiri tidak tahu nyawa saya sampai bila dan semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini kerana saya yakin kalau saya jatuh tersungkur tidak ada orang yang akan tolong saya melainkan diri saya sendiri untuk bangkit dan kuat kembali untuk masa depan saya. Doakan kebahagian saya di dunia dan di akhirat. AMIN AMIN AMIN YA RAB…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Beliau memanjatkan syukur genap umur 33 tahun

“Di sebabkan Penyakit virus saya tak boleh keluar rumah utk raikan, unutk menyeru nasihat kerajaan. Tapi my para2 @cikbawang_ buat suprise untuk saya sempena Hari lahir saya”.

“Syukur ahamdulillah kepada Allah kerana tahun ini aku genap umurku 33 Tahun dah terasa tua”.

“Dan syukur kerana aku boleh merasai nikmat sehat, bahagia, nikmat bernafas dan masih bernyawa”.

Menerusi video tersebut dilihat beberapa biji belon serta sesuatu yang kelihatan seperti sebiji kek bercahaya di bawah tudung saji.

Bukan kek tapi sepeket muffin coklat Gardenia

Ketika usahawan tersebut membuka tudung saji, rupa-rupanya bukan kek di bawahnya tetapi sepeket muffin coklat Gardenia.

Lalu Aliff terus membuka bungkusan dan mengambil sebiji muffin dengan teruja sebelum meletakkan lilin di atasnya. Dia kemudian membuat wish sebelum meniup lilin dengan gembira.

Beliau hanya menjamah muffin tersebut tanpa menghabiskannya

Dilihat reaksinya berubah apabila dia mula menjamah muffin itu seorang diri, sebelum meletakkan muffin ynag tidak habis di atas meja dan berlalu pergi.

Seperti yang diketahui umum, Aliff Syukri yang sejak kebelakangan ini telah membuat netizen berteka-teki mengenai rumahtangga beliau.

Dikatakan, hubungan beliau dengan isteri dikatakan sedang diuji, mengundang ramai untuk berasa kasihan dengannya.

Namun begitu, penyanyi lagu Cuba Bahagia itu mengatakan dia tiada pilihan kerana musim Covid-19 menghalang dia untuk meraikan hari jadi dengan lebih meriah.

Masih menjadi teka teki mengenai rumahtangga beliau

Sebelum ini , Aliff Syukri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan dia dan isteri baik-baik sahaja.

Namun, tindakan beliau untuk tidak lagi mengikuti Datin Shahida di Instagram, di samping beberapa postingnya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen.

Semoga hubungan beliau dan isteri baik-baik sahaja dan mereka kembali menjadi sebuah keluarga bahagia seperti sebelum ini.