[GAMBAR] “Cantiknya Mona” Tema Warna Kuning Lembut Majlis Kahwin Mona Allen dan Pekin di Kota Bharu.

Pada 7 Desember 2018 yang lepas, pasangan suami isteri, Mona Allen dan suami Pekin Ibrahim melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup.

Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Terbaru, kedua-dua pasangan itu telah meraikan majlis persandingan di kediaman pihak lelaki di Kota Bahru, Kelantan.

Sebelum ini, Pekin Ibrahim dilaporkan selamat bernikah dengan aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen pada pagi Jumaat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim sah bergelar suami Mona dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan artis.

Rakan artis, Amyza Aznan berkata, dia mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.

“Alhamdulillah selamat sudah pagi semalam (Jumaat), mereka ada jemput tapi saya tidak dapat datang ada penggambaran.

“Mereka buat secara tertutup untuk rakan terdekat sahaja,” ujarnya

Ditanya sejak bila pasangan itu menjalinkan hubungan cinta, Amyza berkata, dia mengetahui perkara itu ketika mereka menjalani penggambaran drama Monalisa.

“Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram aktres Wan Nor Azlin turut mengucapkan tahniah dan memuat naik foto-foto pasangan mempelai itu.

“Congratulation love bird, semoga bahagia hingga ke jannah dan selamat datang ke dalam keluarga kami,” ujarnya.

Bioadata Mona Allen

Siapa sebenarnya Mona Allen ni? Mona Allen adalah pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris.


Mona Allen pernah menjadi pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000 dan menjadi popular sekitar era 90-an gara-gara kemunculannya dalam iklan komersial Celcom yang menggunakan cogan kata “Awak Nampak Birulah”.

Selepas menamatkan persekolahan, Mona Allen menumpukan perhatian terhadap pengajian demi memenuhi harapan kedua orang tuanya. Kemudian Mona Allen menguruskan perniagaan bersama keluarga.

Mona Allen kembali mewarnai dunia hiburan kerana cinta yang mendalam pada tahun 2016.

Walaubagaimanapun Mona Allen ngin berhati-hati mengatur langkah sebagai anak seni kerana enggan terpalit dengan sebarang isu kontroversi.

Mona Allen telah membintangi banyak drama popular iaitu Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Waris Kampung Semarah Padi, Monalisa, Mencari Qiblat dan yang paling terbaru adalah drama Seribu Rindu.

Mona Allen berkerja di samping nama-nama terkenal seperti Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Ku Faridah, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Doria Rachel, Ainul Aishah, Aman Graseka dan Hafizuddin Fazil menerusi Seribu Rindu yang ditayangkan di Slot Akasia, saluran TV3, di bawah arahan Zamri Zakaria.

Mona Allen telah membintangi beberapa telefilem iaitu Joras Van Haji Murshid, Licin dan Kitab Sijjin.

Mona Allen akan muncul dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke pada tahun 2019 yang turut dibintangi Pekin Ibrahim, Ropie dan Joey Daud.

Nama sebenar: Munna Hafiraneza binti Allen

Nama popular: Mona Allen

Tarikh lahir: 16 April 1985

Umur: 34 tahun

Tempat lahir: Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

Media sosial: Instagram @mona.allen