[VIDEO] “Kahwin, Pregnant, Jaga Anak dan Suami” Impian Isteri Saharul Ridzwan Terpaksa ‘Berkubur’ Kerana..

Pelakon lelaki terkemuka tanah air, Saharul Ridzwan baru-baru ini telah berkongsi satu video di akaun Instagram berkenaan isterinya.

Pelakon Selafaz Cinta itu memuat naik video berdurasi satu minit yang melihatkan dia sedang mengemas bahagian meja di dalam sebuah bilik dan terjumpa satu buku.

“Assalamualaikum. Tadi saya dok nak mengemas bilik ni untuk dijadikan office and saya jumpa something about my wife..

“Wow! Inilah hasil kerja dan minatnya,” kata Shaharul sambil membuka setiap helaian kertas yang dilakar isterinya itu.

“Rasanya lama awak pendam dan simpan kan.. Kahwin,pregnant,jaga Ali dan suami.. Awak korban impian dan cita2 awak demi kami.Terima kasih isteri. Saya doakan Jannah utk awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Saya tahu awk boleh. Saya tahu awak mmg akn dpt apa yg awak cita2kan itu. Insyallah. Doa saya sentiasa mengiringi awak,” tambahnya lagi.

Di dalam video itu juga, impian Deana sudah ‘terbuku’ sejak 2014 lagi berdasarkan tarikh yang tertera pada muka depan lakaran tersebut.

Kisah Cinta Saharul dan Isteri

Sebelum ini, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,2 tahun.

Saharul yang hanya sekali lafaz nikah, dinikahkan oleh bapa Deena di majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga, rakan rapat dan wakil media.

Saharul menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 berserta lima dulang berbalas tujuh dulang daripada pihak Deena.

Uniknya percintaan mereka apabila Saharul tidak terlalu terbuka mendedahkan diri Deena yang sebenarnya dan tidak pernah memuat naik foto dating bersama di laman Instagram.

“Saya bertemu semula dengan Deena ketika hari jadinya selepas beberapa tahun tidak berhubung.

Kemudian saya ajak dia kahwin. Tuhan lancarkan segala proses itu dan keluarga saya terus merisik Deena,” ujarnya.