Gambar Mira Filzah di Makkah Ini Buatkan Peminat Sebak, Rupa-rupanya…

Mira Filzah yang kini sedang menunaikan umrah telah memuat naik sekeping foto yang merakamkan bapanya, Badioezaman sedang membantu pelakon itu mendaki Jabal Rahmah di laman instagramnya.

Gambar yang disertakan dengan kapyen,

just a candid photo of a father helping his daughter to climp up Jabal Rahmah.

‘Nothing much for you, but a thousand meaning for me. Abah‘ yang ditulis Mira nyata menjentik hati.

Foto yang baru dimuatnaik oleh Mira itu nyata memberi kesan terhadap para peminatnya dan membuatkan ramai yang meninggalkan komen pada posting tersebut:

BACA: [VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

njnajwa_2204
Suka sngat tngok pic ni…kasih seorang anak kepada ayahnya n kasih seorang ayah kepada anak perempuannya

shop_lovable37
Aminn

sriatiqah
Kasihnya seorg ayah terhadap anaknya, insyaAllah.. semoga jodoh Mira adalah yg terbaik, yg dpt mnjaga Mira sm sprti abh Mira lakukan

cahayaminarni
Allah …sejuk hati memandang..kire td abg @remyishak Sekilas mcm abg @remyishak Rupenye abah..mude nye abah…

izzah_abdulwahid
Remy ishak and mira,yes i sokong.

surianaismail_
Allahuakbar…your caption! Sedih lak rasa. Semoga dipermudahkan urusan!

nurraysa_beauty_penang
MashaAllah canteknyaaa berpurdah

njnajwa_2204
Love this pic

zaqsilah
Insyallah ALLAH prmudahkan sgala urusanmu skeluarga…AMIN

risabinalestari
Masyaallah terharu tengok gamba akak dgn abah akak

Sebelum berangkat ke Makkah, Mira mengatakan dia memohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap malah turut meminta agar mereka turut mendoakan dia selamat pergi dan selamat pulang.

Pelakon drama yang hangat diperkatakan, Pujaan Hati Kanda ini menerima pelbagai komen positif netizen yang mana turut mendoakan kesejahteraan Mira ketika berada di tanah suci.

Viral sebelum ibadah umrah, Mira Filzah memutuskan untuk membeli sendiri cincin yang disifatkannya sebagai hadiah tahun baharu.

Menerusi entri di Instagram, kata Mira, biarpun dia tidak gemar memakai aksesori, namun dia menunggu untuk menerima sebentuk cincin daripada insan istimewa.

Bagaimanapun untuk tahun baharu, Mira memilih untuk menghadiahkan sebentuk cincin untuk dirinya sendiri, dan menganggap ia sebahagian daripada simbol kekuatan seorang wanita.

Fakta Menarik Mira Filzah

1. Mira Filzah pernah bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

2. Mira Filzahmelibatkan diri dalam dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, kemudiannya berjinak-jinak menceburi dunia lakonan.

3. Penampilan sulung Mira Filzah sebagai aktres adalah menerusi drama Dunia Lola, memainkan peranan sebagai watak utama iaitu ‘Lola’. Dunia Lola merupakan drama televisyen hijabista yang diterbitkan hasil kerjasama bersama Syampu Sunsilk.

4. Mira Filzahmenyepikan diri seketika selama 2 tahun daripada dunia seni bagi memberi tumpuan penuh kepada pengajiannya di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.

5. Namun rezeki berpihak kepada Mira Filzah apabila mendapat tawaran untuk membintangi drama Eksperimen Cinta yang ditunjangi gandingan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Mira yang memegang peranan watak pembantu iaitu ‘Suraya’ ketika itu ternyata mendapat perhatian ramai.

6. Rentetan itu, nama Mira Filzah terus melonjak, apatah lagi pembabitannya terus aktif dalam pelbagai drama televisyen dan antara yang menjadi sebutan termasuk drama Cinta Si Wedding Planner (2016) yang disiarkan di Slot Akasia TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome (2016), Abang Bomba I Love You (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Meh Sandar Lagi (2017), Rahsia Hati Perempuan (2018), Lelaki Kiriman Tuhan (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).

7. Dalam dunia perfileman, Mira Filzah baru sahaja membuat kemunculan sulung pada tahun ini (2018) menerusi filem ‘Rise: Ini Kalilah’.

8. Untuk bidang pengacaraan, antara program popular yang pernah dikendalikannya termasuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, rancangan realiti 3 Juara, rancangan majalah televisyen Mahligai Cinta dan Nona.

9. Sebagai penyanyi, Mira Filzah pernah menyumbangkan suara untuk lagu ‘Sandar Padaku’ (duet bersama Aliff Aziz) untuk OST Drama Meh Sandar Pada Aku.

10. Mira Filzah juga mampu berbangga dengan beberapa pencapaian dalam karier seninya iaitu selaku pemenang kategori Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2016, Artis Baharu Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29), Aktres Pilihan (Anugerah DFKL 2017) dan Selebriti Harapan Pilihan (Anugerah Stail EH! 2017).

11. Selaku ahli perniagaan, Mira Filzah bersama rakan kongsinya mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri iaitu MORA ESSENTIAL serta koleksi tudung MF SHAWLS.

12. Sementara itu, pihak media sering membuat liputan tentang gosip cintanya bersama pelawak Zizan Razak, namun sehingga kini Mira Filzah lebih selesa melabelkan status hubungan itu sebagai kawan rapat.

Sumber: Instagram Mira Filzah