Gagal Dibantu Gara2 Jalan Rosak, Seorang Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Ke Rumah Sambil Kendong Jenazah Bayi Perempuan

Bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa, kehilangan anak selepas lahir bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut telah menunggu sekian lama kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Pun begitu, Tuhan sebaik-baik perancang. Walaupun sukar diterima, namun kita sebagai manusia harus reda dengan ketentuanNya dan percaya akan ada perkara yang lebih baik akan datang.

Seperti yang terjadi kepada seorang bapa di Sabah di mana dia sanggup berjalan kaki sambil mengkendong jenazah bayi perempuannya selama lebih kurang satu jam untuk pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu sambil.

Menurut Facebook Sabah Info, lelaki itu pernah dibantu oleh pihak Persatuan Amal dan Jariah Sabah serta ditawarkan untuk menghantar dia dan bayinya pulang.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan jalan sangat teruk sehingga menyukarkan sukarelawan meneruskan perjalanan untuk membantu mereka.

“Kejadian ini baru berlaku beberapa bulan lalu. Bayi perempuan berusia lima bulan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen 2, Kota Kinabalu.

“Keluarganya merupakan golongan kurang berkemampuan dan Persatuan Amal dan Jariah Sabah tampil membantu dengan menyediakan keranda dan menghantar mereka pulang ke rumah.

“Setibanya di pertengahan jalan, van jenazah terkandas dan tidak dapat melalui jalan tersebut berikutan keadaannya sangat teruk. Disebabkan itu, waris terpaksa pulang dengan berjalan kaki membawa jenazah anaknya pulang ke rumah dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam.

“Pahit untuk ditelan, ini merupakan satu realiti yang berlaku di Daerah Kota Marudu, salah satu daerah termiskin di Malaysia. Takziah untuk kedua ibu bapa dan semoga diberi kekuatan di atas pemergian anak tersayang,” katanya.

Dalam pada terkandas, mereka cuba membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan namun menemui jalan buntu apabila tiada line yang kuat memandangkan mereka sedang berada di tengah-tengah hutan di waktu lewat malam.

Di ruangan komen pula, kebanyakan orang Sabah bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut lalu mengutuk pihak kerajaan yang gagal menjaga kebajikan rakyat di kala saat genting.

20 Julai lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli DUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kenaikan itu adalah wajar dan tidak terlalu berat kerana ia hanya melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM5.6 juta setahun.

“Pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting, wakil rakyat perlu terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin rakyat di luar sana bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskinan ini paling penting,” katanya.

Hantaran yang tular di laman Facebook