Bengang Dengan Perangai ‘Gatal Tangan’ B40, Netizen Geram Lihat Dekorasi Lego Gergasi Di Sunway Musnah Sekelip Mata

Kita sering dengar tentang golongan B40 yang dianggap seperti masalah dalam kalangan masyarakat. Mereka ini juga selalu tular dengan isu-isu yang kurang enak didengar.

Disebabkan kebanyakannya berperangai sedemikian rupa, orang ramai sehingga memandang serong kepada golongan ini serta menimbulkan stereotaip terhadap mereka.

Seperti yang terjadi di Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang baru-baru ini dimana blok lego gergasi yang membentuk perkataan ‘Sunway Carnival’ musnah begitu sahaja oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab.

Menurut hantaran yang dibuat oleh Crown Queen di Facebook, lego itu merupakan hiasan di pusat beli-belah itu selain dijadikan prop untuk pertandingan ‘Snap and Win’.

Selain menzahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap golongan itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar sewaktu kejadian berlaku yang mendedahkan ‘perangai’ sebenar pengunjung.

Lebih mengecewakan, dewasa mahupun kanak-kanak tiada beza. Masing-masing mencuba mengubah suai bentuk asal lego sehingga memerlukan staf di situ menyusun semula lego ke bentuk asal.

“Perangai buruk betul. Mak bapa anak semua perangai sama. Dah terang-terang tulis jangan duk ubah blok lego tu.

“Kesian kat staf mall malam ni apabila dah tutup. Mereka terpaksa susun balik untuk jadi balik ayat Sunway Carnival,” tulisnya.

Menurut seorang individu lagi, mustahil pengunjung tidak perasan dengan larangan mengubah dekorasi itu memandangkan ada poster pemberitahuan yang diletakkan berdekatan.

Posting yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini telah menimbulkan perdebatan antara netizen kerana rata-rata sakit hati melihat tingkah-laku pengunjung di pusat beli-belah itu.

Menjengah ke ruangan komen, pebagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai. Antaranya berpendapat sebaiknya notis yang diletak menggunakan multi-lingual agar semua pengunjung faham dengan yang ingin disampaikan.

Malah ada juga yang menyalahkan pihak Sunway kerana tidak memantau pengunjung yang datang mahupun memasang penghadang bagi mengelakkan pengunjung dewasa atau kanak-kanak memusnahkan binaan tersebut.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di laman Facebook