200 Pelanggan Jadi Saksi, Peniaga Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang

Pantai merupakan tempat yang sangat tenang untuk kita beriadah, meluangkan masa bersama keluarga, menikmati keindahan alam atau perkataan mudah yang sering digunakan pada masa kini adalah ‘healing’.
Iospital phone repair gombak
Dalam masa yang sama, kedai makan berhampiran pantai juga merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk ‘lepak’ makan sambil ‘layan’ angin sepoi sepoi bahasa.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga kedai makan ikan celup tepung di Kampung Penarik mengalami kerugian hampir RM100,000 setelah hakisan pantai merosakkan pondok dan jeti di premisnya mencuri perhatian ramai.

Menurut Muhammad Aiman Sauti, 22 yang juga merupakan pengurus kedai makan tersebut kejadian itu telah memusnahkan benteng konkrit penghadang ombak sepanjang 50 meter yang dibina sejak 2016.

Lebih memilukan, kejadian hakisan dan fenomena air pasang besar tersebut berlaku ketika kira-kira 200 pelanggan sedang menjamu selera di premis terbabit pada pukul 5 petang.

“Ombak besar yang mengakibatkan hakisan sebelum pondok serta jeti roboh dalam masa dua jam. Pada 2019, kami membina dua wakaf atau pondok dan sebuah jeti dengan kos RM50,000 untuk menjadi tarikan pelanggan serta pelancong ke premis ini.


“Benteng konkrit yang dibina berjumlah RM40,000 turut roboh.

“Kejadian kali pertama melanda sejak kedai makan beroperasi, tujuh tahun lalu,” katanya kepada Utusan.

Menurut Muhammad Aiman, lebih 15 kedai makan ikan celup tepung di Pantai Penarik yang juga lokasi tumpuan pelancong mengalami ancaman hakisan pantai tahun ini.

“Kami merancang untuk membina dan membaiki benteng penghadang ombak sebaik sahaja musim Monsun Timur Laut berakhir.”

“Ia selain mendirikan semula pondok atau wakaf menghadap pantai.”

“Itu sebenarnya menarik minat pelanggan selain singgah makan di kedai ini, mereka dapat menikmati pemandangan cantik menghadap pantai terutama ketika cuaca cerah,” tambah peniaga celup tepung berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bersimpati melihat nasib peniaga tersebut malah akui untuk membaiki semula kerosakkan memerlukan modal yang sangat tinggi.

Antara komen warga maya:

“Nak renovation balik bukan murah tu”

“Baru je pergi sini masa tu ombak dah kuat.. semoga dipermudahkan segala urusan tuan kedai..”


“Pantai2 di terengganu banyak dah terhakis.. ada hikmah disebalik kejadian..”


Video yang tular di laman TikTok:

@nl.celuptepung Ujian Awal Tahun 2023 . Kerugian Hampir 50k #nlceluptepungbirapata #nlceluptepung #cuticutiterengganu #bencanaalam #pantaipenarik #fyp ♬ original sound – NL Celup Tepung