Connect with us

Viral

Gadis Cemas Tak Lepas-Lepas Sentuh Kad Touch ‘N Go, ‘Lawak Kasar’ Abang Lori Pula Buat Ramai Terhibur!

Bila bercakap tentang plaza tol, pasti ada sahaja masalah yang bakal dihadapi, contohnya Smart Tag tidak dapat dikesan pengimbas ketika hendak membayar tol ataupun terlupa TopUp kad Touch ‘n go. Senang kata, boleh rosak mood seharian.
Iospital phone repair gombakNamun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita bernama Puteri mengakui faktor ketinggian menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk menyentuh kad Touch ‘n Go pada peranti pengimbas.

Difahamkan kejadian berlaku di Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka dan Puteri sempat menceritakan semula kejadian tersebut di laman TikToknya.

“Waktu nak masuk tol, aku tersilap parking kereta jauh sikit dari tempat scan tu. Ketinggian aku pun tak berapa nak tinggi dengan 158 sentimeter (cm) ni, tangan pun sama pendek.”

“Bila nak touch kad tak sampai,” jar Putri mengimbau pertistiwa itu yang dianggapmelucukan.

Pasrah dengan situasi yang dihadapinya, Putri menukar gear kepada neutral (N), menarik brek tangan, membuka tali pinggang keledar bagi memudahkan pergerakan dan membuat cubaan kali kedua untuk menyentuh kad Touch ‘n Go.

“Scan lagi sekali pun tak boleh juga eh. Aku buka pintu, berjaya scan tapi tak cukup baki pula,” katanya sambil gelak besar kerana keadaannya pada waktu itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Putri bagaimanapun sedikit lega kerana ada seorang kakitangan lebuh raya yang sedang bertugas di dalam plaza tol berkenaan.

Putri menambah nilai RM20 ke dalam kad Touch ‘n Go miliknya dan berharap ia akan menjadi pengakhiran kepada masalah
yang sedang menimpanya di plaza tol tersebut

Siapa sangka, rupa-rupanya jangkaan wanita ini salah.

“Aku ingat tu orang dah tolong scankan untuk aku. Aku pelik kenapa merah lagi, kenapa palang tak naik lagi.”

“Rupanya orang itu belum scan, jadi aku pun buka pintu dan pergi scan” kata Putri yang hanya pasrah dengan nasib menimpanya..

Belum sempat Putri menarik nafas lega, kedengaran seorang pemandu lori di belakangnya membuat ‘jenaka kasar’.


“Belakang aku ada lori warna putih, plat M (Melaka), aku ingat abang tu, dia laungkan aku dan aku dengar dengan jelas.

“Dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat, kan dah tak sampai.,” ujar Putri menyebut semula ayat yang dilontarkan lelaki tersebut.

Putri agak terkesima mendengar kenyataan itu tetapi menerimanya dengan hati terbuka tapa menyimpan sebarang perasaan amarah.

“Kau kurang ajar ehh,” kata Putri sambil gelak sinis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan kejadian tersebut malah ada juga yang akui berdepan dengan masalah yang sama dek kerana faktor ketinggian.

Antara komen warga maya:

“Hahahaha setepek abang tu bagi hahaha”

“Kau bayangkan dia ni 158.. macam mana laaa aku 150 je ni.. menangis mat bila nak touch ni.. selain buka pintu.. kaki keluar sebelah baru sampai..”


“Kadang2 kita kena menyatakan kebenaran walaupun hakikat memang menyakitkan”


Video yang tular di laman TikTok:

@putrinatashaaaaanasib baik no plate M, kalau J aku dah turun buka buah😾

♬ original sound – putri ♡

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)