Suka Pandang Kamera, ‘Kehenseman’ Kambing Bernama Aidil Buat Ramai Terhibur!

Sebut sahaja tentang taman tema air, pastinya ada bahagian haiwan ataupun zoo mini dimana kita dapat mengenali pelbagai spesis haiwan yang ada di sana.
Iospital phone repair gombak
Setiap haiwan mempunyai penjaganya yang tersendiri yang mana cekap menguruskan mereka dalam apa jua keadaan tidak kira lah dari segi menjinakkan mereka, kebersihan, keselamatan ataupun makanan.

Sama juga seperti kita yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang bertugas menjaga beberapa ekor kambing sempat berkongsi gelagat kambing-kambingnya mencuri perhatian ramai.

Menerusu video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @atikahmal, dapat kita lihat dia sedang menyikat dan merapikan bulu seekor kambing sambil meletakkan kamera di satu sudut untuk merakam video rutinnya itu.

Dia juga sempat memperkenalkan dua ekor kambingnya yang bernama Aidil dan Fitri namun apa yang lebih membuatkan ramai tertarik adalah kecomelan kambing tersebut.


Manakan tidak, dia dilihat mendekati kamera dan menenung lama ke arah kamera itu malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin kerana dia merasakan dirinya sangat ‘handsome’ dihadapan kamera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan gelagat kambingnya, Aidil dan Fitri malah ada yang tersenyum apabila melihat senyuman kambing tersebut di dalam video.

Antara komen warga maya:

“Aidil be like: smart gak aku ada janggut cam sharnaaz ahmad dah”

“Aidil fitri.. kalau aidil adha dia jadi laa agihan kepada sesetengah orang..”


“Kenapa nama aku juga yang kau pakaiii… saya bukan kambinggg”

“Wei! aku jerit lah tengok dia senyum kat camera”

“Aidil jangan tenung saya begitu… hensem sangat aih”

“Tak sekarang ni aku nampak aidil senyum.. tapi kenapa dengan aku sekali senyum ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@atikahmal Introducing my boys Aidil & Fitri! #photogenic #goats #zoo ♬ original sound – Atiki