Viral
Buat Loan RM40,000 Demi Majlis Kahwin, Isteri Luah Kesal Lihat Suami Derita Bayar Hutang!

Bila sudah sampai masa untuk seseorang itu melangkah ke alam rumah tangga, sudah tentu banyak perkara yang perlu difikirkan termasuklah majlis perkahwinan.
Bagaimanapun, pada zaman kini ramai seolah-olah tidak ‘mengukur baju di badan sendiri’ dengan membuat majlis resepsi secara besar-besaran sehingga perlu membuat ‘loan’ dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Namun ada juga pasangan yang menginginkan majlis yang simple tetapi disebabkan kehendak keluarga, mereka terpaksa membuat pinjaman bank agar majlis kelihatan gilang gemilang pada tatapan tetamu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter, @ConfessTweetMY berkongsi salah satu mesej sulit diterima dalam inbox mereka mengenai sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin selama 6 bulan sudah ‘hilang seri’ sebagai pasangan baharu berumah tangga.
Difahamkan, wanita tersebut akui sepanjang perkahwinan selama 6 bulan, dia banyak bersedih berbanding gembira kerana mereka berdua terpaksa membanting tulang membuat lebih dari 1 kerja kerana suaminya ada membuat pinjaman bank bagi memenuhi kehendak ibu bapa pihak wanita yang mahu membuat majlis perkahwinan yang meriah.
“Ibu bapa saya tidak bersetuju kami mahu jemput 100 tetamu sahaja, sebabnya mereka ada ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang perlu dijemput. Pada masa sama mereka rasa ragu-ragu sama ada tunang saya mampu jaga saya selepas kahwin nanti hanya kerana majlis mahu dibuat secara kecil-kecilan sahaja.”
“Selepas tunang saya tahu mengenai itu, dia ada duduk berbincang dengan ibu bapa saya dan keduanya mahu jemput 1,000 tetamu dan buat majlis di hotel. Suami saya ada membuat pinjaman peribadi berjumlah RM40,000 selepas mengikut saranan ibu bapa saya.”
“Sekarang kami struggle nak bayar loan. Selepas balik kerja suami saya terus buat GrabFood. Saya pula jual dropship online tapi sendu je sebab sales kadang-kadang tak ada pun,” luah wanita itu.
Suami wanita ini juga lebih memilih untuk berehat dan tidur kerana terlalu letih bekerja malah dia juga tidak seceria dahulu.
Tidak cukup dengan itu, si suami juga meluahkan rasa kesalnya membuat pinjaman loan untuk majlis mereka kerana jika mereka tidak melakukan sebarang pinjaman untuk majlis, dia berasa hidupnya lebih aman dan boleh meluangkan masa dengan isteri tercinta.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyatakan sikap ibu bapanya itu nyata mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kehidupan anak setelah berkahwin.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan majlis perkahwinan bukanlah satu majlis reunion untuk menjemput sanak-saudara atau kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa sehingga sanggup berbelanja di luar kemampuan buat pasangan pengantin.
Antara komen warga maya:
Don't be this kind of parents my friends… Kalau nak ramai jemputan, tolong la sponsor https://t.co/96oaQUro8Z
— 🎧 (@shrlzhr) November 8, 2022
Kepada parents diluar sana, jangan lah menyusahkan anak² kalian, tolong hentikan tradisi ni..kalau nak jugak ajak beribu jemputan tolong support anak jgn bebankan anak²… https://t.co/eYNtHbkF4J
— 🌻🌻🌻 (@___gdiszzz) November 8, 2022
tu majlis kawin bukan reunion mak pak dia 😭😭😭😭 ada jgk eh parents kejam macam ni https://t.co/bCmlksvY3n
— Ina • jual tudung iyliamalek 🤩 (@elinahanani) November 8, 2022
Perkongsian yang tular:
Derita buat loan utk majlis kahwin. Hidup tak bahagia, asyik fikir hutang. pic.twitter.com/JJshVgbQSH
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 8, 2022
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ibu Bapa Ini Buat Persiapan Raya Dengan Hiasi Pusara Anak Bertemakan “Hello Kitty”

Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang
