Dijemput SPRM Jam 4 Pagi, Shuib Beri Kerjasama Bantu Siasatan Kes Pengubahan Wang Haram

Pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib, disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi laporan Malaysiakini, Pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom, bagaimanapun berkata tiada maklumat lain dapat diberikan buat masa ini kerana enggan mengganggu siasatan pihak berkuasa selain menghormati sistem perundangan negara.

 

View this post on Instagram

 

Senyuman “Honeyjuana” . . #comebackisreal #honeyjuana #brand

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil oleh pihak SPRM manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin, hanya menemani,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Terdahulu beberapa portal melaporkan pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan agensi antirasuah tersebut.

Tanpa menamakan sumber, Utusan Online melaporkan siasatan itu dibuat berkaitan kegiatan pengubahan wang haram.

Sehingga awal malam ini pasangan terbabit dikatakan masih berada di pejabat terbabit dan tidak dapat dipastikan sama ada tangkapan akan dibuat atau sebaliknya.

Nana berkata, pihak pasangan suami isteri itu memberi jaminan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana kami masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya.

Difahamkan, beberapa individu lain termasuk artis juga akan dipanggil SPRM selepas ini.

Susulan berita mengenai pasangan selebriti dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu dan Siti Sarah dipanggil ke SPRM untuk siasatan penggubahan wang haram hari ini, pihak pengurusan Indigital Music tampil memberi penjelasan.

“Seperti mana berita yang tersebar sejak petang tadi, pihak kami ingin membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku melibatkan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” kata Nana Mohd Rom menerusi sebuah kenyataan.

Dijemput SPRM jam 4 pagi

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram.

Sumber berkata, sehingga jam 7.30 malam tadi, suami artis terbabit yang juga usahawan dan penghibur, masih berada dalam siasatan.

Sementara isterinya yang juga seorang penyanyi, dilepaskan petang tadi selepas keterangan direkodkan.

Dilaporkan seorang lagi usahawan terkenal turut tampil di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 5 petang berhubung siasatan kes sama.

SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam siasatan kes serupa.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.