[FOTO] Malaysia Abadi Nama Jalan Palestin di Tengah Kuala Lumpur

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada negara Palestin.

Seperti yang semua sedia maklum, hubungan baik antara Malaysia dan negara tersebut terserlah menerusi bantuan-bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada Palestin sejak negara itu dilanda pergolakkan.

Sokongan Malaysia kepada Palestin

Susulan dari itu, bagi mengeratkan lagi hubungan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya, satu jalan di tengah Kuala Lumpur telah di namakan dengan nama “Jalan Palestin” .

Oleh itu, pada 26 September 2020 merupakan satu sejarah besar buat pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia bersempena dengan perasmian nama jalan tersebut.

Nama Jalan Raja Laut 1 ditukarkan kepada Jalan Palestin

Difahamkan, Nama Jalan Raja Laut 1 di Kuala Lumpur secara rasmi ditukarkan kepada Jalan Palestin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Syabas DBKL

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi laman rasmi Facebook mereka dan mengucapkan syabas kepada DBKL.

Nama jalan Palestin berkuat kuasa mulai 26 September 2020

“Anda tahu ke Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin sebagai simbolik kita menentang dan memperjuang kebebasan Palestin dari rejim Zionis Israel”.

“Cadangan untuk mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa majlis Himpunan Hari Al-Quds sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019”.

“Proses untuk mengenalpasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin telah mengambil masa yang agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan juga perlu melalui prosedur yang ditetapkan”.

“Pengisytiharan nama Jalan Palestin ini adalah berkuatkuasa mulai 26 September 2020”.

Berita gembira tersebut turut mendapat pelbagai reaksi positif dan tanda sokongan dari netizen.