[VIDEO] Zizan Razak Lupa Zip Seluar Masa ICSYVM, Ramona Gelak Besar

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) merupakan antara rancangan yang menjadi kegemaran ramai.

Seperti yang kita sedia maklum, ICSYVM yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad ini telah memasuki musim ketiga.

Rancangan ini berkonsepkan selebriti yang dijemput perlu meneka penyanyi misteri sama ada penyanyi sebenar mahupun penyanyi penyamar.

Pengacara dan panel yang buat penonton tak  kering gusi

Teka-teki itu yang membuatkan rata-rata penonton terhibur. Apatah lagi, dapat menyaksikan gelagat hos tetap rancangan berkenaan iaitu Shuk Sahar dan Sean Lee.

 

View this post on Instagram

 

Thank you for watching ICSYVM last week. Jumpa lagi malam ni ya 😁

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim) on

Tidak dilupakan juga, panel penyiasat tetap rancangan ini turut membuatkan penonton tak kering gusi menonton I Can See Your Voice Malaysia setiap musim.

Gandingan penyiasat yang hebat dan kelakar

Sementara itu, penonton juga dapat menghiburkan diri dengan gandingan penyiasat seperti Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim.

Bukan itu saja, pada setiap minggu dimana rancangan ini akan menampilkan penyiasat jemputan dan pada malam tadi pula, penonton dapat menyaksikan beberapa selebriti jemputan.

Zizan Razak antara selebriti jemputan

Antara penyiasat ICSYVM adalah pelakon dan penyanyi terkenal Zizan Razak, pelakon Ramona Zamzam dan penyanyi muda, Ben Ladin.

 

View this post on Instagram

 

Jangan lupa tengok Zizan malam ni di @icanseeyourvoicemalaysia di @tv3malaysia

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Namun begitu, apa yang mencuit hati ramai dengan perkongsian Zizan Razak menerusi Instagram miliknya yang turut membuatkan ramai gelak besar.

Beliau turut mendedahkan terjadinya satu kejadian ketika rakaman ICSYVM dimana dia berkata ketika itu dia terlupa untuk zip seluar.

Reaksi Zizan yang lupa zip seluar gamatkan studio dengan gelak tawa

Zizan turut memberitahu perkara sebenar yang berlaku dan apa yang lebih menarik adalah kapsyen zizan selepas melihat Romana gelak besar dengan kejadian tersebut

“Sejujurnya memang Zizan lupa zip seluar masa buat @icanseeyourvoicemalaysia ni. Aduih kalau nak tau selanjutnya jangan lupa malam ni di @tv3malaysia”.

Gelak tawa Ramona gamatkan suasana

“Tapi suara @ramonazamzam gelak memang buatkan ramai rakyat malaysia kagum dengan kesabaran suaminya”.

Di ICSYVM, Ramona yang gelak besar dengan kejadian itu turut menggamitkan lagi suasana ketika itu.

Video yang dikongsikan Zizan juga membuatkan dia sendiri gelak apabila melihat pelakon, Ramona Zamzam gelak ketika kejadian berkenaan.