[FOTO] “Alhamdulillah, Saya Bergelar Ibu” Che Puan Juliana Evans

Pengacara , model dan pelakon cantik tinggi lampai Che Puan Juliana Evans telah selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Beliau yang sering berkongsi perkembangan terkini dilaman sosial Instagram telah memuat naik satu gambar beliau dihospital.

Menerusi gambar tersebut, beliau sempat tersenyum manis dan disisinya ada seorang bayi comel yang sedang tidur.

“Alhamdulillah, i am a mother”. Bagaimanapun wajah bayi comel itu masih belum dikongsikan kepada umum.

Hanya gambar beliau dan bayi comel dari sudut sisi dan sekeping gambar diruangan menunggu di hospital.

Beliau juga sering berkongsi gambar perjalanan kehamilannya di laman sosial Instagram untuk tatapan peminatnya.

Karier Che Puan Juliana Evans bermula sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan turut popular sebagai pengacara Remaja Tv3.

Beliau yang popular dengan drama bersiri KAMI bersama barisan pelakon yang lain antaranya Liyana Jasmin yang ditayangkan menerusi TV8.

Beliau sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017. Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah merupakan kerabat diraja Selangor.

Selepas dua tahun berumahtangga, beliau mengumumkan khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata pertama mereka.