[VIDEO] Aliff Syukri Minta Izin Isteri Nak Beli Baju RM200ribu, Ini Jawapan DS Shahida

Kalau sebelum ini Aliff Syukri suka berbelanja barangan mewah seperti LV dan sentiasa memuatnaik di laman Instagramnya, kini Aliff mahu memakai pakaian streetwear pual.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram, Aliff dilihat bersuara lunak meminta izin isterinya DS Shahida untuk membeli satu jaket berjenama Supreme.

Pakaian streetwear seperti jenama Supreme ini bukanlah murah walaupun rupanya tidak nampak mewah.

Baju yang mahu dibeli oleh Aliff berharga RM200 ribu dan dia meminta izin isterinya terlebih dahulu sebelum membelinya.

“Kalau cakap baik-baik dengan isteri, minta izin nak beli barang , confirm isteri bagi. Boleh beli barang mahal, tapi siap sedialah poket bila turn isteri pulak shopping  Korang jangan lupa layan Trek Selebriti bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr @cch_apdcrew”

Rata-rata netizen terkejut dengan jawapan Shahida dan memujinya yang tenang dengan perangai suaminya itu.

nofao7- “HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA..betulaa apa isteri dia ckp..kita ada duit beli jelah..duit tu kita usaha soo yeahh belilaa apa yg kita nak” 

eijahmat- “steady ah datin”

Sebelum ini Aliff Syukri telah mengeluarkan zakat sebanyak RM1.2 Juta untuk tahun ini.

Alhamdulilah sy telah selesaikan tanggungjawab wajib kepada mereka yang memerlukan.. Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia

saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan.. Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang..

Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan..

Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong @as.legacymalaysia sehingga saya mampu mengeluarkan Zakat sebanyak 1.2 Juta pada tahun ini.. Alhamdulilah di atas rezeki Nya.. .

Kebanyakan netizen memuji apa yang dilakukan oleh Alif dan mendoakan supaya dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.