[VIDEO] “Syukur kini jaga solat, hafal Quran” Ebit Lew Kongsi Ziarah Dakwah Aliff Aziz

Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan cara dakwahnya yang lemah lembut dan tidak hanya berceramah di masjid atau surau, tetapi beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan ilmu.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Ebit Lew telah menziarahi di samping berdakwah kepada pelakon ALiff Aziz.

Berikut adalah perkongsian beliau.

__________

Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang.

Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja.

Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa.

Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak.

Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya.

Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah?

Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah..- ebitlew

Aliff Aziz sebelum ini dihimpit isu apabila dia dan Bella berpisah selepas beberapa gambar dan kelakuannya tular di media sosial.

Semoga Aliff dapat terus istiqamah dan menjadi manusia berguna.