[FOTO] “Sweetnya korang..” Fasha Sandha Kongsi Gambar ‘Pre-wedding’ Bersama Aidil Aziz

Fasha Sandha yang kini sedang dilamun cinta bersama tunangnya, Aidil Aziz telah berkongsi gambar mereka pada sesi ‘pre-wedding’.

Fasha dan Aidil yang dijangka akan diijabkabulkan pada tahun ini nampaknya lebih rapat dan sering kelihatan bersama.

Di dalam satu posting Instagram terbaru, Fasha Sandha telah berkongsi foto-foto semasa sesi ‘pre-wedding’ bersama tunangnya.

Fasha di dalam kapsyen mengatakan mereka kini bahagia dalam kesederhanaan dan walaupun dia kurang gemar dengan ‘pre-wedding’, Fasha sanggup buat di atas permintaan.

Baca: Biodata Fasha Sandha

Menurutnya ‘pre-wedding’ kali ini dibuat secara ‘simple’ sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Malah, semua idea datang daripadanya dan hasil nukilan Fasha sendiri dengan bantuan dari kru produksi.

Bagi Fasha, keluarga kecil inilah dunia dan segala-galanya bagi dirinya buat masa ini.

“Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar ‘pre-wedding’ Video, dulu pun tiada ‘pre-wedding’ video. Memandangkan ini adalah permintaan, jadi saya tunaikan, dengan syarat..

“Simple2 je Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang. Alhamdulillahh, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditjamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. ,..

“Tak sabar nak tengok hasilnya… Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang.

“Terima kasih buat seluruh Team @cstproduction , make up klasik daripada Kak @barrinamat , Baju klasik daripada @syuscouture @rumahkebayabangsar, @mamasandha, Kak Yong dan Keluarga Kapar, @murshid_eunos , @wahiaziz dan semua yang terlibat #aidilfasha #iburayfalraysha” tulis kapsyen Fasha Sandha di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je 😊 Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang . Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. ,.. tak sabar nak tengok hasilnya… Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang. . Terima kasih buat seluruh Team @cstproduction , make up klasik daripada Kak @barrinamat , Baju klasik daripada @syuscouture @rumahkebayabangsar , @mamasandha , Kak Yong dan Keluarga Kapar, @murshid_eunos , @wahiaziz dan semua yang terlibat 💕 #aidilfasha #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata para peminat memuji gambar yang dikongsi oleh Fasha Sandha dan mendoakannya sentiasa bahagia hingga ke jinjang pelamin.