[VIDEO] Blogger Instafamous Hadiahkan Suami Kereta Mewah Mustang Bayar ‘Cash’!

Cik Epal, blogger popular yang pernah tular sebelum ini kerana membeli beg tangan jenama mewah secara tunai, sekali lagi menjadi bualan netizen di media sosial apabila beliau memberikan hadiah istimewa buat suaminya, lapor mStar.

Kejutan yang dilakukan blogger yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Epal itu pasti membuatkan kaum lelaki berstatus suami cemburu apabila dia menghadiahkan barangan berharga sempena ulang tahun ke-30 suaminya.

Mana tidaknya, Cik Epal menghadiahkan kereta mewah idaman setiap jejaka iaitu Ford Mustang 5.0 GT yang dianggarkan bernilai RM340,000 dan ia dibeli secara tunai untuk suaminya, Jofliam.

Bagaimanapun, wanita yang bakal menyambut kelahiran bayi kedua itu tidak mendedahkan harga sebenar kenderaan tersebut.

Cik Epal bergambar bersama anak sulungnya, Han dan kereta mewah yang dihadiahkan untuk suaminya.

Kata Cik Epal, Ford Mustang 5.0 GT tersebut antara kereta idaman suaminya dan dia pernah menyatakan hasrat untuk memiliki kenderaan itu dalam masa terdekat.

“Dia pernah cerita Ford Mustang 5.0 GT ini antara wishlist (hajat) dia untuk beli tahun ini atau tahun depan.

“Saya selalu nampak dia search pasal kereta ni. Jadi, saya ambil keputusan belikan sempena hari jadinya,” kata Cik Epal.

Perkongsian tentang kejutan tersebut yang dimuat naik ke laman Instagram pada Selasa membuatkan rata-rata pengguna media sosial terharu dan memberi inspirasi kepada netizen terutama cara Cik Epal menghargai suaminya.

Tambah blogger berusia 28 tahun itu, dia memilih untuk membayar kereta mewah berkenaan secara tunai kerana enggan berhutang dan membayar faedah pinjaman bank.

“Masa aku first time test drive Ford Mustang 5.0 GT ni tanya salesman.

“Aku: Bunyi dah kuat.Kalau nak mengaum lagi boleh ke?

“Salesman: Kalau nak bunyi lagi mengaum tu kena tukar ekzos.Terus garang bila dia bersuara

“Aku: Saya nak bunyi yang macam Bumblebee tu boleh tak? Berapa kalau nak tukar ekzos?
Salesman: Boleh tukar. Tambah lagi RM10k kitorang settlekan semua.

“Add on lagi RM10k pon aku on je lah. Sebab aku memang nak @jofliam drive bagi dia feeling-feeling BUMBLEBEE. Alang-alang nak bagi hadiah, biar bagi dia puas hati terus.Baru nak pi subuh dekat masjid pon,bergegar jiran-jiran. Hahaha

“Happy birthday saiyang”

“Saya bayar cash sebab tak nak bayar faedah dan tidak mahu ada komitmen, selain enggan mempunyai hutang.

“Sebab pembayaran cukai yang saya bayar tu dah memang boleh tampung untuk beli secara tunai,” ujarnya.

Sebelum membuat kejutan tersebut, Cik Epal terpaksa mengusik (prank) suaminya dengan mendakwa lelaki itu dijemput untuk menghadiri sebuah majlis sidang media kerana telah dilantik menjadi duta sebuah jenama pakaian.

Pada sambutan itu, suaminya menerima kejutan berganda apabila Cik Epal turut mendedahkan jantina anak kedua mereka yang bakal lahir kelak.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Cik Epal menulis: “Aku dan family aku dah tahu aku dapat baby girl. Tapi husband aku tak tahu.

“Aku tipu dia cakap dapat baby boy lagi kali ni. Tapi time birthday dia ni baru aku nak reveal dekat dia sebenarnya dapat baby girl! Alhamdulillah dapat sepasang.”