Facebook Bayar Elaun ‘Budak Intern’ RM33,000 Sebulan

Biasanya sebelum graduasi, kita akan melalui satu tempoh praktikal ataupun selalunya disebut ‘budak intern’.

Bayaran yang diberi selalunya sangat rendah dalam lingkungan RM300 hingga RM1000 sebulan mengikut jenis bidang yang diambil.

Namun, tahukah anda menurut satu laporan laman web Glassdoor yang terbaru, elaun latihan industri ataupun internship di Amerika Syarikat yang ditawarkan oleh syarikat besar seperti Facebook mencecah USD 8,000 (~RM33,000) sebulan.

Elaun internship ini jauh lebih tinggi daripada purata gaji pekerja tetap di negara tersebut.

Syarikat besar yang lain pula seperti Amazon memberikan elaun sebanyak USD 7,725 (~RM32,000) sebulan.

Salesforce yang merupakan syarikat teknologi cloud-software memberikan elaun internship sebanyak USD 7,667 (~RM32,000).

Manakala Google pula membayar sebanyak USD 7,500 (~RM31,000) sebulan.

Berikut adalah Top 10 syarikat yang membayar elaun latihan industri paling tinggi untuk tahun 2019:

  1. Facebook USD8,000
  2. Amazon USD7,725
  3. Salesforce USD7,667
  4. Google USD7,500
  5. Microsoft USD7,250
  6. Uber USD7,167
  7. Bloomberg USD7,000
  8. Capital One $USD7,000
  9. Apple USD6,667
  10. Bank of America USD5,833

Kebanyakan syarikat yang membayar elaun mahal ini merupakan syarikat yang berasaskan teknologi.

Pastinya bukan calang-calang orang yang diterima masuk sebagai budak intern di syarikat-syarikat ini.