[VIDEO] Wanita Cemas Ditahan 3 Lelaki Dakwa Kereta Tertunggak

Satu perkongsian video di Facebook telah menjadi tular di mana tiga orang lelaki yang terlibat dalam kes penarikan sebuah kereta milik seorang wanita di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Mangsa seorang wanita berusia 32 tahun menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenal pasti pada 3 petang.

Di dalam panggilan tersebut lelaki itu menyatakan keretanya menghalang laluan di MITEC dan meminta mangsa mengalihkannya.

Apabila mangsa turun, dia mendapati terdapat tiga lelaki berada di sebelah keretanya bersama trak tunda.

Video Lelaki Biadap Dengan Polis

Hati2 dengan taktik penarik kereta.

Kes terbaru di MITEC, seorang wanita didakwa tidak membayar ansuran kereta selama 19 bulan dan keretanya cuba ditarik oleh 3 lelaki yg turut bersikap kurang ajar.

Wanita tsb mendakwa dia tidak mempunyai tunggakan bulanan. Ketika dia cuba menghubungi pihak bank, lelaki tsb merampas telefon dan berlakon seolah2 sedang bercakap dgn pihak bank namun sebenarnya dia mematikan panggilan tsb.

Mereka bernasib baik apabila ada abg polis tiba ditempat mereka.

Bila diajak pergi ke balai, ketiga2 lelaki tersebut terus menghilangkan diri. Terkini pihak polis dilaporkan sedang memburu ketiga2 lelaki tsb.

 

Mereka memberitahu mangsa mempunyai tunggakan selama 19 bulan sedangakan wanita tersebut berkata dia tidak pernah terima sebarang notis.

Wanita itu cuba menghubungi bank untuk mendapatkan kepastian namun telah dihalang oleh salah seorang daripada lelaki itu.

Namun, kawan manwanita tersebut telah berjaya  menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan beberapa ketika kemudian polis datang.

Apabila tiba di lokasi kejadian, pihak polis telah meminta kedua-dua belah pihak untuk hadir di balai polis bagi membuat laporan.

Walaubagaimanapun ketiga-tiga lelaki itu gagal hadirkan diri ke balai untuk membuat laporan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata wanita tersebut tidak pernah menerima sebarang notis tunggakan atau sebarang surat penarikan kereta daripada pihak bank.

Pihak polis sedang berusaha untuk mencari ketiga-tiga lelaki tersebut bagi membantu siasatan.

Kepada anda di luar sana, sentiasa berhati-hati jika perkara seperti ini terjadi dan pastikan terus dapatkan bantuan pihak berkuasa.