Esok Hari Lahir PM ke-73, Rakyat Mula Tinggalkan Komen Happy Birthday

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.

Sifat dan perwatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mesra rakyat dan berperawatakan tenang mudah menambat hati rakyat.

Tambahan pula, perlantikan Perdana Menteri kelapan ini dikatakan tepat pada masanya ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wabak Covid-19.

Mengimbau kenangan sambutan hari lahir tahun lalu

Beberapa foto lama yang mengimbau kenangan kembali sambutan hari lahir beliau pada tahun lalu.

Menjenguk ke laman Facebook segelintir rakyat telah mula memberikan dedikasi istimewa buat Perdana Menteri kita.

Esok hari lahir Perdana Menteri Malaysia

Ucapan hari lahir itu ditujukan buat pemimpin yang berasal dari Muar, Johor  itu sempena ulangtahun kelahiran ke-73 yang jatuh pada keesokan hari iaitu 15 Mei 2020.

Sementara itu, Menerusi beberapa group peminat dan pengikutnya di laman Facebook, rata-rata mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir dan berharap beliau akan terus memimpin Malaysia dengan cemerlang.


Selamat Hari Lahir Tan Sri Muhyiddin

Selain itu, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan hari lahir dan ramai juga mendoakan supaya Muhyiddin terus panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mentadbir negara.

“Selamat hari lahir TSMY. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT amin”.

“Alhamdullillah, Amiiin semoga di beri kesihatan oleh Allah s.w.t. Kami rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya”.

“Selamat hari lahir TSMY. Moga dilindungi Allah dan sentiasa dalam keadaan sihat untuk terus memimpin negara kita”.

Selamat hari lahir buat Perdana Menteri kelapan Malaysia. Semoga negara terus maju dimasa hadapan.