[VIDEO] Terkejut Nak Bagi Makanan Gadis TikTok, Ini Sambungan Dari Pandangan Jiran

Sebelum ini seorang gadis TikTok tular apabila gelagatnya ditangkap oleh anak lelaki jirannya yang datang untuk memberikan juadah berbuka. Dalam video yang tersebar di Twitter, ramai yang terhibur dengan gelagat remaja lelaki berkenaan yang terkedu selepas melihat jirannya sedang seronok bertiktok. Malah ramai yang cuba meneka reaksi lelaki tersebut yang berdiri jauh di belakang gadis [...]

Beberapa hari lepas, tular satu video seorang gadis TikTok apabila gelagatnya diperhatikan oleh anak lelaki jirannya yang datang untuk memberikan juadah berbuka.

Menerusi video yang tersebar di Twitter, ramai yang terhibur dengan gelagat remaja lelaki berkenaan yang terkedu selepas melihat jirannya sedang seronok bertiktok.

Video asal yang tular

Ramai yang cuba meneka apa sebenarnya reaksi lelaki tersebut yang berdiri jauh di belakang gadis tersebut.

Sambungan reaksi jiran

Menerusi satu muatnaik video terbaru, seorang pengguna Twitter telah melakonkan semula situasi tersebut dari pandangan jiran gadis Tiktok itu.

Ternyata video tersebut telah membuatkan ramai terhibur dan dalam masa yang singkat telah tular di Twitter.

Perkongsian di Twitter itu berjaya meraih 32 ribu retweets dan 40 ribu likes dan hampir 700 ribu jumlah tontonan.

Dalam video parodi itu, seorang remaja lelaki muncul dari sebelah rumah gadis tersebut sambil membawa sebungkus tepung dan pelita.

Tatkala ternampak jirannya sedang menari Tiktok, remaja tersebut menjadi serba-salah dan hanya berdiri dengan perasaan ‘awkward’ menunggu perempuan itu habis menari.

Setelah kantoi kehadiran lelaki tersebut, gadis Tiktok melarikan diri dan meninggalkan remaja tersebut yang cuba memanggilnya untuk memberikan tepung dan pelita.

Rata-rata netizen terhibur dengan video parodi tersebut dan memuji idea kreatifnya itu.

“Tepung dengan pelita = tepung pelidherrr.”

Tonton video parodi sambungan dari pandangan jiran hantar kuih gadis Tiktok