Enggan Tukar Lampin, Tahu-Tahu Lesap, Nurse Luah Rasa Kecewa

Menjaga dan memantau ramai pesakit dalam satu masa bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun itulah tugas sebagai jururawat.

Walaupun melakukan pekerjaan murni, namun mereka juga tidak lepas daripada makian ahli keluarga mahupun orang sakit itu sendiri.

Pengalaman tersebut diceritakan sendiri oleh seorang nurse bernama Athirah Rahmat.

Menerusi video yang dimuat naik Athirah, dia menceritakan beberapa perangai ahli keluarga pesakit.

Antara yang paling famous katanya adalah enggan menukar lampin si sakit.

Menurut nurse ini, kejadian enggan tukar lampin memang sering terjadi. Terutama sekali kaum suami yang mempunyai isteri terlantar.

Para suami turut rajin mengelak daripada tugas-tugas menukar lampin walaupun isteri sendiri. Mereka hanya lepas tangan kepada jururawat yang ada di situ.

Sama juga seperti anak-anak yang diminta tolong oleh jururawat untuk membantu mereka menukar lampin ibu atau bapa. Namun akhirnya lesap!

Yang lebih mengecewakan apabila mereka hanya tunggu di tepi sambil bermain phone! Jelas Athirah, nurse di hospital sedia untuk membantu dan okay sahaja jika dipanggil.

Namun ahli keluarga pesakit yang sering mereka jumpa suka lepas tangan dan melayan nurse sebagai orang suruhan.

Mereka juga seolah-olah lupa akan tugas sebenar jururawat yang tugasnya menjaga, merawat dan banyak lagi. Bukanlah hanya sekadar menukar lampin pesakit semata.

Video yang dikongsi Athirah telah tular dengan meraih tontonan sebanyak 362.2 ribu dan 27.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@athirah_rahmat Reply to @dahlianur00 kami tahu kerja kami. Kita kena tahu tanggungjawab kita okay? #xybca #EverythingSucks ♬ original sound – Athirah Rahmat

@athirah_rahmat DIAM! #EverythingSucks #fypシ #xybca #sabarituindah ♬ original sound – ælya

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman menjaga ahli keluarga yang sakit. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang ikhlas menjaga pesakit di hospital.

Berikut antara komen-komen netizen di TikTok

“masa jg arwah suami…sy xbg nurse buat…sbb jg aib suami. . Alhamdulillah..dpt berjasa UTK arwah suami..minta tlng nurse angkat je bila dh siap..”

“Terima kasih pada nurse2 yang tlg sy tukar pampers Arwah mak sebab waktu saya jaga mak sy bru umur 15tahun. Sy hanya mampu tlg pegang yg nurse suruh😭”


“Msa sy jga arwah mak mndi , tandas , mkn , buat susu semua sy buat sbb sy thu nurse byk kje bkn nk jga arwah mak sy sorg..dri wad bertukar pun semua”