Cuba Call Tapi Tak Angkat, Rupanya MUA Yang Sedang Hamil Meninggal Dalam Perjalanan

Seperti yang kita semua tahu, ajal dan maut sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Tanpa mengira masa mahupun usia.

Kita sebagai hamba harus percaya bahawa setiap apa yang terjadi, perancangan Allah itu adalah takdir.

Alangkah terkejutnya si bakal pengantin apabila mendapat berita di mana make up artist yang diupahnya telah maut dalam kemalangan jalan raya.

Begitulah yang diceritakan laman Facebook Video Make Up MUA. MUA dikenali sebagai Annur Izatul Dawiah meninggal di tempat kejadian apabila keretanya dirempuh dari arah berlawanan.

Menurut sumber laporan yang dibuat Sinar Harian, tragedi tersebut berlaku di Jalan Tengku Mizan, Bukit Tunggal serta melibatkan 3 buah kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Proton Waja hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke lorong bertentangan.

Proton Waja itu seterusnya merempuh dua buah kenderaan lain termasuk Honda Civic yang dipandu Annur.

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu pemandu Proton Waja ke kawasan semak di seberang jalan dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Menurut sebuah lagi perkongsian yang dibuat oleh rakan Annur, pengantin yang menggunakan khidmat Annur ada menghubunginya untuk bertanyakan keberadaan arwah.

Oleh itu, dia cuba menghubungi arwah namun malangnya panggilan telefon dijawab oleh pihak bomba dan dia dimaklumkan mangsa baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan.

Dalam pada masa yang sama, ramai rakan seperjuangan yang sama bidang dengan Annur terkejut dengan khabar duka yang mereka terima.

Mereka turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan meminta orang ramai untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Annur yang dipercayai sedang hamil anak pertama.

Video yang tular di laman TikTok

@azwienqistienamohon sedekahkan Alfatihah untuk kak jaja♬ original sound –

@mekchah93 Moga ALLAH angkat segala kesakitan mereka #fyppppppppppppppppppp #fronliners #fronliners #tiktokmalaysia #terengganu ♬ bunyi asal – shawnz_district – Mr. Stranger