Sebelum ini selalu kita dengar tentang karipap angin atau nama terbaru adalah karipap oksigen.
Karipap yang intinya kosong ini selalu muncul ketika bulan Ramadan yang mulia. Bila di bulan puasa memang ramai yang tidak pernah berniaga makanan tiba tiba terjun untuk merebut rezeki.
Tetapi ada segelintir peniaga yang ingin mencari duit lebih dengan tidak jujur apabila menjual dan ini yang terjadi dengan karipap oksigen.
Tetapi kali ini muncul pula satu lagi ‘produk’ baru dan ianya adalah donut bomboloni oksigen.
Dalam satu perkongsian di Twitter oleh @si_darwish, pemuda itu memaparkan situasi dirinya seolah ditipu apabila mendapat beberapa biji donut yang dibeli tanpa inti mencukupi.
Dari luar nampak seperti ada inti seperti coklat, strawberry tetapi disaat dia buka donut ternyata semua itu dusta.
Apa yang mengejutkan di dalam rakaman klip berdurasi 19 saat itu ialah apabila dia membelah kuih bomboloni menggunakan tangan dan kelihatan isinya hanya dihujung donut tersebut.
Video yang tular di laman Twitter:
Sama energy here pic.twitter.com/xtkHWiL0ZH
— ter (@si_darwish) April 8, 2022
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 97.7K tontonan, 2034 ulang kicau dan 2316 tanda suka di laman Twitter.
Menjengah ke ruangan komen kebanyakkan para netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peniaga yang ambil mudah tentang produk makanan itu.
BACA: Ini Resepi Donut Bomboloni Gebu, Mudah Dan ‘Confirm’ Jadi Mesti Anda Cuba!
Dalam masa yang sama, ada juga yang bercerita tentang pengalaman mereka yang sama seperti pemuda tersebut dimana peniaga mengambil kesempatan demi keuntungan semata-mata.
Antara komen para netizen:
Ni jenis meniaga concept dia “asal jual”. Asal dapat duit. Tak fikir ke kalau kau buat betul2 apa benefit long term? Ni kalau jenis meniaga gaya mcmni dua minggu jela ada sales. Pastu orang tk beli dah
— ?????? (@abenger9999) April 8, 2022
Boboloni to bohongloni real quick 😩😩😩
— Wawerrr (@NurNazuwa) April 9, 2022
Kita berniaga matlamat org suka beli lagi rezeki yang berkat adalah peniaga yg jujur dan tak lokek isi. Kalau mcm nie kompom sekali je yg datang kn rugi huhu… Tak ikhlas jgn berniaga.
— iiyahmiyah jual biskut raya (@GRLSH3QDO1T) April 9, 2022
Kenapa ada orang berniaga mcmni eah? Lagi best kot bila kita jual dan orang rasa makanan kita sedap..
— . (@ayuniazmiii) April 8, 2022
pernah kena juga macam ni beli sandwich kat rnr. tepi tepi nampak lah ada inti tuna. sekali dalam kosong habis. tu rnr takkan nak datang balik esoknya kan. ni kalau bazar, datang je balik esok tanya orang yang jual tu 😒
— ηη (@nnnzeera) April 9, 2022
kenapalah peniaga bazar ni semua mengundang aku untuk mencarut dibulan yang mulia ini. haih.. 😭
— #SayaJualVCO (@FarahRose94) April 10, 2022
Sumber: Twitter @si_darwish