“Berderau darah tengok..” Kaki Anak Tersangkut Di Escalator, Netizen Geram Lift Dipenuhi Golongan Remaja

Terdahulu tular sebuah video dimana kanak-kanak ditinggalkan ibunya saat sakan bershopping di sebuah mall sehinggakan dia menangis teruk di escalator meraih pelbagai padangan netizen.

Umum kita tahu, budak yang semakin membesar ini memerlukan lebih perhatian dan pantauan kerana umur sebegini merekacenderung melakukan banyak hal di luar pemikiran kita.

Tidak reda lagi isu berkenaan, hari ini timbul sebuah video dimana seorang budak menangis apabila kakinya tersangkut di escalator di IOI City Mall.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rooban_react, kelihatan si penjaga sedang menenangkan anaknya yang menangis sementara ada yang membantu untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut.

Dapat juga kita lihat ramai orang awam berekrumun melihat kejadian itu kerana risau jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anggota badan anak tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@rooban_react Pls tc of your children while bring out..#fyp #foryou #foryou #fypシ゚viral #fypシ #group #trending #ioicitymall #children ♬ original sound – Rooban React🧿

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 251.9K tontonan, 9333 tanda suka,546 komen dan 2503 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan apa yang berlaku dan ada juga yang menyalahkan kebanyakkan ibu yang sambil lewa tentang keselamatan anak apatah lagi bila menaiki escalator.

“please la jaga ank2.. Sy penah keje bahagian management.. Eskelator ini umpama pisau bergerak..”

Bukan tu sahaja, malah netizen juga berang dengan sikap anak muda kini yang sering memenuhi lift sehingga orang yang berusia, ibu yang membawa anak-anak terpaka menaiki escalator sedangkan lift lebih memudahkan mereka yang memerlukan.

Antara komen warga maya:
“Ioi city mall lift selalu penuh dgn dak2 muda yg sihat2. Klu bawa stroller mmg stress sgt tunggu lift.”


“kadang mak bpk leka, anak berjalan Sana sini.kita pulak rse mcm berderau darah tengok budak ade yg main eskelator”

“i tak tahu kenapa ada parents yang ank below 3y tapi trun ikut citu sendri , klu i mst dukung xpn gune lif ,esc ni mg rse gayat n tkut ..”

“Sebab tu dahulukan family ada ank kecil naik lif..bknnya remaja/dewasa yg masih sihat dan mampu naik eskalator penuhkan lif”