5 Bulan Hamil, Amar Sudah Sediakan Pembantu Peribadi Khas Untuk Amyra Rosli

Walaupun sedang ‘berbadan dua’, ia bukan penghalang untuk pelakon Amyra Rosli yang sedang sibuk melakukan penggambaraan drama terbaru berjudul Cemburu Seorang Wanita. Namun pelakon berusia 28 tahun itu bersyukur tidak mengalami sebarang alahan atau kejadian tidak diingini walaupun kadang kala penggambaraan berakhir jam 3 pagi. “Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan [...]

Selebriti cantik Amyra Rosli yang sedang sibuk melakukan penggambaraan drama terbaru berjudul ‘Cemburu Seorang Wanita’ tidak menjadikan status berbadan dua sebagai penghalang.

Pelakon yang baru berusia 28 tahun itu sangat bersyukur tidak mengalami sebarang alahan atau kejadian tidak diingini walaupun kadang kala penggambaran berakhir jam 3 pagi.

“Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan penggambaran ini dilanjutkan tarikhnya saya disahkan hamil namun memilih untuk meneruskannya.“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran,” 

Tambah Amyra, suaminya Amar Baharin turut terlibat sebagai pelakon utama sekaligus menjadikan dirinya sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut.“Selebihnya semua berjalan dengan baik. Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi serta dia yang sentiasa berada di sisi.

“Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,”