“Kenapa kau kata makan harta anak yatim” Ali Puteh Perjelas Kecil Hati Dengan Isteri Abam

PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63. Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah. "Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu [...]

Menerusi sidang media siang tadi, Ali Puteh berkata dia ada berkecil hati terhadap isteri Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah sebelum ini.

Ini adalah kerana Hidayah didakwa mengeluarkan perkataan berbunyi ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Kata-kata itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang pada hari keempat pemergian Allahyarham.

“Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.”

Menurut Ali, ungkapan yang ditujukan kepada ibunya tersebut telah menyentuh hatinya.

“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kepada dia kenapa cakap begitu kepada mak.”

Menurutnya lagi, sebagai orang Islam sudah pasti kita tahu mengenai hukum halal haram.

“Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” kata Ali ketika di sidang media.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin minggu lepas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lapan bulan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Sidang media yang berlangsung selama sejam itu bagi memperjelaskan isu bersama driver Allahyarham Abam dan juga bapa saudara mereka adalah berkaitan kereta di mana Allahyarham mempunyai dua buah kereta iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu adalah isu dompet Allahyarham yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Mengulas isu keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali memberitahu itu adalah keputusan isteri Allahyarham sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari ke enam Allahyarham ‘pergi’.

Malah menurut Ali lagi, anak ALlahyarham telah dibawa ke klini menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang didakwa.

Ali mohon maaf

Malah, dengan rendah hati Ali telah memohon maaf kepada balu Allahyarham Nor Hidayah dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan apa yang telah dilakukannya.

“Saya tonton video itu berulang kali sebelum muat naik status itu. Dalam keadaan marah, terkeluarlah perkataan itu.

“Saya mohon maaf secara terbuka kepada kakak ipar saya dan seluruh rakyat Malaysia yang kecam, saya maafkan anda semua,” ujarnya.

Ali juga sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah berlaku.

Di akhir sidang mediua tersebut, Ali Puteh memberitahu beliau sedia berundur diri dari dunia industri komedi sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Saya secara jujurnya, jika saya tidak diperlukan lagi dalam industri hiburan tanah air, saya rela undur diri dari industri ini.”

Video live sidang media Ali Puteh