Dituduh MemperHambakan Wawa Zainal, Ini Penjelasan Aeril Zafrel

Sebelum ini pelakon cantik Wawa Zainal ada berkongsi di laman Instagramnya tentang permintaan suaminya Aeril Zafrel untuk makan selepas pulan dari kerja pada lewat malam.

Malah Aeril Zafrel meminta untuk makan di dalam bilik kerana malas nak turun ke tingkat  bawah.

Menurut Wawa walaupun mata berat nak buka, dia tetap gagahi melaksankannya kerana sayangnya pada suami.

Baginya, apa yang dilakukannya yang penting ikhlas walaupun mata dah rabak.

“tgh lena di ulit mimpi dtg la @aeril_zafrel baru balik dr shooting kejut .. lapar nak makan.. wlupun mata berat nak bukak tpi ku gagahi jua.. pastu request nak mkn kat bilik pulak mls nak turun kata nye nasib baik sayang..yg penting kene ikhlas wlupun mata rabak”

Namun ada komen-komen yang tidak berpuas hati dengan perbuatan Aeril dan menganggapnya sebagai memperhambakan isterinya itu.

Malah ada juga yang mempersoalkan keikhlasan Wawa kerana kata netizen tersebut “kalau ikhlas kenapa nak post?”

Aeril Zafrel yang ternyata sangat ‘cool’ menjawab tuduhan yang tidak berasas daripada netizen itu.

Melalui perkongsian Twitter, Aeril menjelaskan permintaanya itu hanya sekadar untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta kerana masing-masing sibuk mencari rezeki.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel.

Anak mereka yang sulung Ahmad Fakhruddin Attar kini berusia 6 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pula berumur 4 tahun.

Semoga Aeril dan Wawa Zainal sentiasa bahagia hingga akhir hayat.