Diserbu Di Pusat Karaoke, ‘Wanita’ Sado Berbaju Kurung Jadi Perhatian

Kecoh di media sejak pagi tadi dimana sebuah pusat karaoke di ibu kota, Kuala Lumpur diserbu oleh pihak berkuasa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aliefpauzi, dapat kita lihat satu serbuan dilakukan di sebuah pusat karaoke dan sekumpulan individu berpakaian wanita dibawa naik ke trak pihak berkuasa.

Bagaimana pun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila yang ditahan itu termasuklah wanita yang berbaju kurung siap berhijab.


Bukan itu sahaja, turut menjadi bualan adalah bentuk fizikal wanita tersebut dari sisi belakang yang dilihat sangat sasa sehinggakan baju kurung yang dipakai kelihatan ketat.

Ianya sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah situasi sebenar yang berlaku dan adakah itu merupakan wanita tulen?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mempersoalkan jantina ‘wanita’ tersebut kerana bentuk badannya yang agak aneh.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat berseloroh bertanyakan dimana agaknya gym yang wanita itu pergi sehinggakan berjaya mendapat badan yang agak sado seperti itu.

Antara komen warga maya:

“Yang pakai tudung tu lain macam.. tu salimah ke salim tu bang”

“Sado nye dua yang pakai tudung tu”


“Review 2 orang tu bang.. main gym mana”

“Lah dah kenapa.. nasib tak pergi.. tapi tinggi gila yang pakai baju kurung tu.. sado lain macam..”


Video yang tular di laman TikTok:

@aliefpauzi Nok suasano jo, hino ko karaoke #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktokviral #kakikaraoke #karaoke #ratukaraoke #viralvideo #kakidugemkl #kakidugem ♬ bunyi asal – 🐊C!kkMazzKejoraaaaa🐊 – 🐊MAZZ’KEJORA🐊

Meskipun sehingga kini masih tidak diketahui situasi sebenar, namun diharapkan tiada sebarang kejadian jenayah yang berlaku sehingga menyebaba=kan hukuman yang berat.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 3.7M tontonan, 165.4K tanda suka, 6324 komen, 10.1K simpanan dan 11.3K perkongsian di applikasi TikTok.