“Allah bagi cash” Amal Doa Nabi Musa, Penyampai Radio Dedah Cara Pikat Hati Tunang

Tidak dinafikan, memikat hati seseorang bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ianya memerlukan usaha yang lebih agar seseorang itu mempercayai kita.

Pun begitu, sudah pasti setiap individu memiliki cara mereka tersendiri untuk membuatkan seseorang senang mengenali hati budi.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang juga penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, mendedahkan caranya tersendiri untuk memikat tunangnya mencuri perhatian ramai.

Hubungan cinta mereka dikatakan direstui netizen apabila dikatakan sepadan dan sangat sesuai seperti pinang dibelah dua.


Beberapa hari lepas, video majlis pertunangan mereka telah ditularkan di media sosial dan akhirnya mereka mengaku bahawa sudah mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos yang lalu.

Imran juga berkongsi bagaimana dia memikat hati tunangnya yang juga seorang influencer, Dahlia Rizal.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @farrich2022, difahamkan dia telah mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya.

Menurutnya, doa itu sangat menakjubkan kerana doa yang dimohon kepada Allah S.W.T telah dimakbulkan dan menjadi kenyataan.

“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.”



“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.

Dia juga sempat berkongsi dengan lebih terperinci dan apa yang tersirat dalam doanya.

“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah.”

“Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.”

“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji cara Imran mendapatkan Dahlia.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengucapkan tahniah diatas ikatan pertunangannya bersama Dahlia.

Antara komen warga maya:

“Dapat orang yang tepat..”

“Cara dia nak dapatkan Dahlia pun cara yang baik..”

“Softnya imran ni..”

“Power of doa”

“Tetiba macam terharunya dengar Ya Allah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@farrich2022 Reply to @myntshaz Part 5 : Rahsia Imran pikat Dahlia dengan Doa’ 😍 Nak part 6 tak? #dahliarizal #imranaqil ♬ original sound – ImranDahlia’s Stories 🤍