Disangka Cikgu Pendidikan Jasmani, Rupanya Si Bapa Tak Nak Jauh Dari Anak Sanggup Jadi Tukang Kebun!

Seperti yang kita nampak sejak kebelakangan ini, pelbagai ragam anak-anak masuk ke alam persekolahan pertama mereka direkodkan dan dimuat naik di media sosial untuk perkongsian momen manis mereka.

Iospital phone repair gombak

Malah, telatah ibu bapa menghantar anak sulung mereka juga tidak ketinggalan mampu menghiburkan orang ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang tidak boleh ‘lepas’ daripada anak sulungnya itu sehinggakan dia sanggup berbuat apa sahaja di sekolah untuk dekat dengan anaknya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @intanmasekh di laman TikTok itu, kelihatan seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah.

“Golongan ayah yang paling syahdu nk hantar anak sulungnya kesekolah. Snggup tunggu kat sekolah smpai anak balik sekolah 😂” tulis kapsyen video tersebut.

Dapat dilihat si bapa siap sangat bersemangat turut serta dalam aktiviti senam robik yang diadakan bersama guru dan murid-murid.

Tidak dapat meninggalkan anaknya begitu ‘jauh’, dia sanggup jadi tukang kebun sekolah asalkan dekat bersama dengan anaknya itu.

Wah dah macam movie Papadom pula!

Apa yang membuatkan warga maya lebih terhibur adalah apabila si bapa itu kelihatan sungguh-sungguh menyapu di kawasan permainan sekolah anaknya.

Dikatakan, dapatlah dia curi-curi tengok anaknya sambil dia menyapu dan mencabut rumput.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa terhibur melihat aksi lelaki itu yang tidak mahu lepas dari anaknya.

Bukan itu sahaja, bahkan ada warganet yang menyangka si bapa seperti seorang guru pendidikan jasmani di sekolah tersebut dengan menggayakan tshirt putih dan seluar sukan.

Antara komen netizen:

“Lahhh ingat dia jdi cg pj dah pakaian tshirt putih tu 🤣 Hati-hati kak tah tah minggu depan dah jadi guru besar sekolah tu”


“Serius lah.. bgus2. Atleast tk bosan menunggu kan.. sambil2 buat amal 😂😂”

Video TikTok yang tular:

@intanmasekh Golongan ayah yang paling syahdu nk hantar anak sulungnya kesekolah. Snggup tunggu kat sekolah smpai anak balik sekolah😂 #backtoschool #haripertamasekolah #masuksekolah2023 #prasekolah #tadika ♬ original sound – Intan Nurdiyana