Tak Cukup Duit Nak Beli Nasi, Abang Kantin Belanja & Siap Ajar Cara Ambil Duit Baki Raih Perhatian Ramai

Seperti yang kita sedia maklum, sesi persekolahan telah pun bermula baru-baru ini.

Iospital phone repair gombak

Oleh itu, dapat dilihat terdapat pelbagai telatah dan ragam anak-anak kecil ini sehingga membuatkan orang ramai terhibur apabila melihatnya.

Namun lain pula yang berlaku dengan kisah kali ini di mana momen seorang penjual kantin menjual sambil mengajar murid sekolah rendah mengenai cara berbelanja dan sifat kemanusiaan yang ditonjolkannya telah menyentuh hati netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apex.20 di laman TikTok itu, dapat dilihat dia sedang asyik menjual menu nasi goreng dan mi goreng di Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri, Kedah dengan harga RM 2.

Dalam pada itu, dia sempat mengajar murid-murid mengambil wang baki dan menyimpannya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila seorangmurid didapati hanya mempunyai RM 1 sahaja di tangannya, tidak cukup untuk membeli sepinggan makanan.

Akan tetapi, penjual makanan itu terima sahaja not RM 1 itu dan memberikan makanan yang diinginkan oleh murid tersebut kepadanya.

Melalui video itu, penjual makanan tersebut didapati ‘menghalalkan’ baki wang makanan itu.

Dia turut menitip pesan buat anak kecil itu agar beritahu ibu ayah supaya membekalkan RM 3 untuk membeli air dan juga makanan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh melihat sikap yang ditonjolkan oleh penjual makanan itu terhadap murid-murid di sekolah itu.

Malah ada juga yang menawarkan ingin memberikan bantuan kepada murid tersebut.

Antara komen netizen:

“bang…klu sy transfer kt abg rm20..topup kat adik seringgit tu selama 20 hari blh tak..abg ambik rm1 kat dia..rm1 lg tu sy topup dgn rm20 tu..klu blh”

“Terima kasih bang. Menggamit memori betul. Dulu bawa duit belanja 80 sen. Bila dah Besar ni baru faham susah mak ayah”


“tringat kecik dulu,lps mrentas desa dahaga oi.bwk duit 20 sen je.air kt kntin 50 sen,x ckup 😂 dahaga sgt pegi mnum air paip 😁”

Video TikTok yang tular:

@apex.20

Baru sempat post firstday sekolah

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline