“Ampun dosa mak ya” Ibu Beri Kata-Kata Sebelum Berangkat Umrah, Anak Luah ‘Tak Kuat’ Tahan Air Mata

Umumnya apabila seseorang dalam perjalanan untuk menunaikan Umrah di Kota Suci Makkah, pihak keluarga akan menghantar mereka ke lapangan terbang terlebih dahulu.

Iospital phone repair gombak

Sudah pastinya ahli keluarga akan berasa sebak kerana terpaksa berpisah daripada mereka dalam jangka masa yang agak lama.

Baru-baru ini tularnya sebuah video mengenai seorang ibu yang memberikan ucapan selamat tinggal kepada anaknya telah membuatkan orang turut terkesan sama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiisaragiiiiii di laman TikTok itu, dapat dilihat ibunya sedang bergerak menuju ke lapangan terbang untuk mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci.

Dapat dilihat ibunya mengucapkan kata-kata selamat tinggal dan turut memohon maaf kepada anaknya itu sebelum bergerak ke Makkah.

“Ampunkan dosa mak ya, kalau mak ada buat salah apa-apa,” kata ibunya sambil memalingkan wajah ke arah anaknya itu.

Kemudian dipaparkan juga klip ibunya berjalan bersama jemaah yang lain ke platform lapangan terbang yang telah ditetapkan.

Pada akhir video, dipaparkan juga fotonya yang kelihatan sedang menangis akibat tidak tahan mendengar kata-kata ibunya itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah 238.6K tontonan, 48K tanda suka dan 295 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan bahawa mereka juga boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

Malah, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri.

Antara komen netizen:

“Sama dengan mak i masa nak g umrah , melalak i kat airport 😭”


“Abah aku nk operation esok. Aku ckp kat abah,maafkan aku as anak. Abah aku ckp abah pun sama minta maaf klu ada slh silap. Aku nangis 😂”

“Allah… trus banjir…. Mak pesan jaga diri if mak x balik bile pegi umrah n haji… runtuh hati tp maintain lg time tu….”

“kalau mak aq mintak maaf dkat ws pun aq dh menangis.. klau depan2 dia ckp mcm tuu tak ke banjir airport tu”

Video TikTok yang tular:

@kiisaragiiiiii

bocah tak strong

♬ Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari