‘Dilibas’ Busana Aina Abdul, Gelagat Pasrah Noki K-Clique Buat Ramai Terhibur

Kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil beberapa hari lepas sememangnya tidak dapat disangkalkan apatah lagi apabila Aina Abdul yang membawa lagu berjudul ‘Terus Hidup’ dinobatkan sebagai juara serta menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Aina juga dikatakan ‘menang besar’ apabila dia turut menerima anugerah ‘Vokal Terbaik’ dengan hadiah RM12,000 serta trofi.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, Aina sememangnya mempunyai cita rasa dan ‘style’ yang tersendiri dimana dia tidak pernah gagal membawakan fesyen-fesyen unik untuk persembahannya. Di pentas AJL-37, Aina tampil busana berkonsepkan elemen gumpalan awan putih dan menelan kos sebanyak RM90,000 secara keseluruhannya.

Namun sapa sangka, ada situasi lucu yang berlaku ketika Ajl-37 berlangsung dimana membabitkan pakaian Aina itu.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @IniAlalalannn, dapat dilihat Noki K-Clique yang duduk di belakang kerusi Aina terlihat terganggu dengan pakaian yang dipakainya seolah-olah hampir terkena Noki ketika menanti senarai pemenang diumumkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur sekaligus berseloroh mengatakan disebalik kejayaan seorang wanita, ada lelaki yang tersakiti.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa mungkin untuk acara akan datang, penganjur dapat memberikan tempat istimewa buat Aina.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: