“Kamu macam anak saya sendiri” Murid Nangis Depan Pengetua Sebelum SPM Buat Ramai Guru Turut Menitis Air Mata

Guru ini ibarat pelita hidup, sanggup menerangi kegelapan walaupun sanggup membakar diri.

Iospital phone repair gombak

Itulah pepatah yang sering diberikan kepada insan yang bergelar guru, sanggup berkorban demi mendidik anak-anak muridnya yang tercinta.

Selain tanggungjawab mmendidik sebagai seorang guru, guru juga bertindak seperti ibu bapa yang sentiasa memberikan nasihat dan pesanan agar anak-anak murid dapat dibentuk menjadi insan yang berguna.

Memetik laporan MStar, baru-baru ini tularnya sebuah video mengenai seorang pelajar yang sebak dan terus menitiskan air mata apabila bersalaman dengan guru-guru sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mencuri perhatian warga maya.

“Apabila kasih sayang guru kepada anak murid melebihi kasih sayang kepada anak sendiri,” tulis @juncomot (TikTok) di ruangan kapsyen videonya yang tular.

Pemilik video berkenaan yang merupakan seorang guru bernama Junaidah Mohd Nordin telah merakamkan momen manis itu ketika majlis restu ilmu dan solat hajat untuk calon yang akan menduduki SPM di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon di Kota Kinabalu, Sabah.

“Majlis itu diadakan pada Jumaat baru-baru ini. Saya merakam momen-momen ketika calon SPM bersalaman dengan pengetua dan guru-guru untuk meminta restu.

“Sememangnya ramai pelajar tidak dapat menahan air mata mereka namun momen seorang pelajar lelaki ini yang menangis sehingga teresak-esak, menjadikan suasana ketika itu turut sedih.

“Pelajar lelaki berkenaan bernama Shahril Malan. Biasalah, budak lelaki mesti ada nakalnya sedikit. Sewaktu bersalaman dengan pengetua, cikgu Faridah Raimin, dia meminta maaf atas semua kenakalannya.

“Pengetua pula kata ‘kamu dah macam anak saya sendiri, ambil peluang ini untuk ubah kehidupan’. Mungkin keinsafan ditiupkan dalam diri, teresak-esak dia menangis,” cerita guru tersebut.

Difahamkan bukan hanya pengetua sahaja yang menangis, bahkan ramai lagi guru-guru lain termasuk dirinya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan momen itu.

“Memang semua ‘banjir’ waktu itu. Guru ni walau macam mana sekalipun anak muridnya nakal, namun dia tetap menyayangi mereka seperti anak sendiri,” luahnya yang sudah pun berpengalaman 10 tahun sebagai seorang pendidik.

Junaidah juga sempat menitipkan pesan buat para guru agar terus menyokong anak-anak murid, walaupun kadangkala ia mengambil masa yang agak lama.”Apa yang boleh saya katakan, buat mereka yang bergelar guru, support pelajar-pelajar kita. Mereka perlu sokongan… kita tak tahu background setiap daripada mereka.

“Kita ni macam ibu bapa, kena support walaupun prosesnya ambil masa lama. Layan mereka seperti kawan. Dengan itu, mereka lembut hati, senang nak bercerita, malah nak belajar pun senang hati.

“Bagi calon-calon SPM pula, semoga dapat menjawab dengan baik. Ingatlah kamu membawa bersama harapan sekolah, guru dan ibu bapa,” ujarnya.

Video TikTok yang tular:

@juncomot Cikgu juncomot ikut nangis boleh ka?? Harunyaa tgk pengetuaaa pun nangis sekali😭😭😭.. wanna hug😣🥺🥺 #kasihgurusampaimati #majlisrestuilmu #smktebobon #salutepengetua #fypdulu #teacherstudentrelationship #spm2022 #proudtobeateacher ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna