“Cekik darah” Dedah Karipap Segera RM4 Untuk 3 Biji Saiz Kecil, Pembeli Luah Rasa Kesal

Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.

Iospital phone repair gombak

Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan.

Namun ini tidak bermakna peniaga boleh menganiaya pembeli dengan meletakkan harga makanan yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pembeli meluahkan rasa kesal yang amat sangat apabila karipap yang dibelinya dikatakan harga cekik darah serta kualiti rasa yang biasa sahaja.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seornang pengguna TikTok @faizlife02, ia turut mendedahkan harga RM4 untuk 3 biji karipap dan dikatakan peniaga mungkin menggunakan karipap segera kerana rasanya yang seakan itu.

“Ni hampa temgok ni karipap besar nala ni, besar bas ni hampa rsa berapa ringgit? Ni RM4 3 biji. Tu dia mana nak dapat, ni dekat Shah Alam Seksyen 18.

“Ni time-time hujan ni, kalau sedap tak apa tapi rasa biasa ja, nih yang segera tu. Ni, biasa ja apa aku boleh buat. Rasa dia tak premium langsung. Bukan nak kata apa, tapi geram,” luahnya.

Tetapi jika diperhatikan dengan baik, sememangnya saiz karipap tersebut agak kecil jika dibandingkan dengan tapak tanggan pelanggan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai isu berkenaan malah ada yang mendedahkan bahawa ramai indidvidu pada masa kini faham harga barangan makin naik hari demi hari namun peniaga haruslah meetakkan harga yang selayaknya. Jika mahal, kualitinya juga harus bagus.

Antara komen wargamaya:

“Kalau aku, tobat tak beli”

“Ishh mahal nyee.. betul cekik darah..”


“Tu la saya suka buat sendiri, serik beli makanan dekat luar”


Video yang tular di laman TikTok:

@faizlife02 Karipap Cekik Darah Harga Premium #fyp #karipap #karipapfrozen #karipapfrozen #karipapgergasi #karipapking ♬ bunyi asal – MfaizHambali – FAIZLIFE