Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedah Malakat Mall Kini Sepi Tanpa Pengunjung

Bila sebut sahaja tentang ‘Mall’, tentunya kita dah dapat bayangkan bagaimana meriahnya suasana di dalam pasar raya itu. Apatah lagi bila hari Ahad dimana kebanyakkan dari kita cuti dan meluangkan masa dengan keluarga ataupun rakan-rakan.

Bahkan ianya menjadi tempat ‘lepak’ remaja masa kini dek kerana banyak restoran yang cantik dan ‘vibe’ nya yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah pasar raya yang terletak di Cyberjaya iaitu Malakat Mall dilihat gagal meraih perhatian pengunjung hanya selepas 2 tahun dibuka.

Dilabel sebagai Pasar Raya Muslim Pertama di Cyberjaya, kini mall tersebut dilihat sunyi sepi tanpa pengunjung.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @aqlanrosli_, lelaki ini mempersoalkan bagaimana pasaraya yang terletak di Cyberjaya itu boleh sunyi sedangkan ianya pada hujung minggu yang sepatutnya ramai orang akan keluar untuk membeli belah dan sebagainya.


Dapat kita lihat, pelbagai kedai makan dan juga butik yang cantik namun sepi tiada pengunjung.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan mungkin lokasi mall tersebut yang dikatakan bersebelahan dengan D’PULZE membuatkan ia sunyi sepi.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyalurkan beberapa idea yang mungkin boleh memeriahkan lagi lokasi tersebut serta meraih jumlah pengunjung yang lebih tinggi.

Tidak cukup dengan itu, selaku pemilik kepada Malakat Mall iaitu Coach Fadzil juga turut memberi respon terhadap video ini dengan memaklumkan Malakat Mall berjaya meraih 6,000 pengunjung walaupun dibuka pada hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ini, pihak mereka sedang berusaha untuk membangunkan semula Malakat Mall.

Antara komen warga maya:

“sebelah malakat mall ada dpulze dear memang susahlah. dpulze ramai gila weekend rimas kalau datang”

“cuba panggil ustaz2 hebat berceramah sini..”


“inilah bahana buat bisnes hanya bergantung pada sentiment… bukan salah nama, tapi salah strategi”

“selalu pergi Cyber tak pernah dengar mall ni, boleh cuba singgah nanti”


Video yang tular:

@aqlanrosli_ Apa punca sebenarnya Malakat Mall ni takde org? #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound – Aqlan