Dikongkong Teman Lelaki Sampai Minta Bayar Duit Muka Motor & Roadtax, Tapi Sekali Kantoi…

Pernah dengar tak, ada kata-kata ‘Lautan api sanggup ku renangi’ apabila kita bercakap soal cinta?

Iospital phone repair gombak

Apabila sudah mabuk dilamun cinta, kita sanggup berbuat apa sahaja demi pasangan kita.

Akan tetapi, haruslah kita ingat agar sayangi diri kita terlebih dahulu dan janganlah buat keputusan yang memudaratkan diri kita sendiri di kemudian hari.

Memetik laporan MStar, seperti itulah nasib yang menimpa seorang gadis yang dikatakan memberikan peluang banyak kali kepada teman lelakinya, bagaimanapun peluang itu sering disia-siakan.

Menerusi video yang telah tular di laman TikTok itu, dapat dilihat gadis ini sedang meluahkan nasibnya akan bagaimana hidupnya sering dikongkong oleh teman lelakinya.

Difahamkan, semuanya bermula apabila dia meminta pendapat daripada teman lelakinya mengenai hal sambung pengajian ke tingkatan 6.

Walau bagaimanapun, tanpa disangka lelaki itu bertindak menghalang niat gadis tersebut atas alasan pelajaran akan mengganggu perancangan mereka untuk berkahwin nanti.

“Awak saya dapat tawaran belajar tingkatan 6,” kata gadis itu dengan perasaan yang sangat teruja.

“Siapa suruh sambung study, macam mana nak kahwin?” balas lelaki tersebut.

Namun apa yang anehnya apabila diberitahu mengenai dia menerima peluang pekerjaan, reaksi teman lelakinya terus bertukar kepada gembira.

“Yeay, kita boleh kahwin cepat,” jawab lelaki itu.

Akan tetapi, teman lelakinya itu seakan mengambil ringan pula apabila sudah pun diajak berjumpa dengan keluarga gadis tersebut untuk berbincang secara serius mengenai perkahwinan mereka.

“Saya tak ada saving langsung, kita nikah tak ada pelamin apa-apa boleh?” ujar teman lelakinya begitu sahaja.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga kerap berprasangka buruk apabila mesej perbualannya tidak dibalas.

“Kenapa tak boleh chat sekarang, cakap je la nak borak dengan jantan lain,” tuduhnya membuta tuli terhadap gadis tersebut.

Tidak cukup dengan itu, gadis itu turut mendakwa diambil kesempatan oleh teman lelakinya apabila dia diminta untuk membayar wang muka pembelian motosikal.

“Terima kasih sayang sebab tolong bayarkan dulu duit muka motosikal, alang-alang tu boleh tolong bayarkan sekali tak lesen dengan roadtax sekali? Nanti saya bayarkan balik,” ujarnya.

Dikatakan, teman lelakinya itu turut menyuruhnya untuk mengabaikan keluarga ketika dia memberitahu mahu mengikuti percutian bersama keluarganya pada hujung minggu.

“Tak payah, cakap dekat papa dan mama tak nak ikut,” arah lelaki itu.


Namun begitu, akhirnya rahsia terbongkar jua.

Gadis itu telah mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu bermain kayu tiga.

“Awak dekat mana, lama menghilang,” tanya gadis itu.

Dalam pada itu, gadis itu telah menerima ‘screenshot’ daripada seseorang bahawa teman lelakinya sedang asyik bermandi-manda di kolam renang bersama seorang wanita dari tempat kerja.

“Dekat rumah je, nak tidur kejap mengantuk,” kata lelaki berkenaan yang jelas menipu.

Akibat tidak tahan lagi dengan sikap teman lelakinya, gadis itu meminta untuk mengakhirkan hubungan mereka tetapi malangnya lelaki itu menyalahkannya pula.

“Maaf, saya dah tak boleh teruskan hubungan ni,” ujar gadis itu.

“Kenapa macam ni selepas semua yang saya dah korbankan untuk awak?” kata teman lelakinya tanpa rasa bersalah sedikit pun.