Gigih Kutip Sampah Bersihkan Alam Sekitar, Rupanya Hasil Kitar Semula Disedekahkan Ke Masjid Buat Ramai Kagum!

Hari demi hari, kesedaran tentang alam sekitar makin dipandang enteng oleh sesetengah individu. Dapat kita lihat sampah sarap berteraburan di jalan raya dek kerana sikap masyarakat yang gemar membuang sampah di merata tempat.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ianya memberikan impak negatif kepada alam sekitar serta ekosistem hidupan laut.

Pun begitu, masih ada individu yang amat cakna tentang isu sebegini sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda bernama Muhamad Mufarizam Yahir selalu melakukan khidmat murni mengutip sampah di bahu jalan dan lokasi tumpuan sambil mengayuh basikal mencuri perhatian ramai.

Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah dia mendapat idea untuk membuka derma berbentuk barangan kitar semula di masjid-masjid.

Difahamkan, Hasil jualan derma yang diperoleh akan disumbang balik kepada kariah masjid supaya semua orang dapat merasa.

“Sedekah subuh hasil jualan barangan kitar semula sambil menderma di Masjid Bandar Putra Segamat, Johor.


“Kariah yang hantar barangan kitar semula sambil menderma dan hasilnya berbalik kepada kariah kembali. Barang-barang kitar semula yang kariah hantar di masjid hasilnya diberi semula dengan roti,” jelasnya mengenai sedekah subuh itu.

Sekadar info, kisahnya ini pernah tular pada tahun 2019 dan disiarkan oleh Harian Metro.

Menurutnya, setiap kali dia mengutip sampah di tepi-tepi jalan, dia akan dihujani dengan hon daripada kenderaan lain dan ada yang mengucapkan terima kasih.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan terima kasih atas usaha dan amalan murninya yang bukan sahaja membersihkan alam sekitar bahkan bersedekah menggunakan hasil jualan kitar semula.

Netizen juga berharap agar kita dapat bersatu hati menjaga kebersihan alam sekitar untuk kepentingan bersama.

Antara komen warga maya:

“Alhamdulillah moga diluaskan lagi rezeki seluas lautan”

“Bagus idea awak.. rezeki sama2 rasa”


“Bestnya dapat bersedekah subuh macam ni..”

“Terima kasih orang baik”


Video yang tular di laman TikTok:

@mufarizam Alhamdulillah #sedekah #subuh #sahamakhirat #fypp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – kepolo – AZ

@mufarizam #malaysia #prihatin #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #Didik ♬ Yasir Lana – arief akdw