“Mustahil babak kahwin jarak 4 meter,” Isu Gambar ‘Panas’ Emma Maembong & Shahz Jaszle, Pengarah Mati Pucuk Michael Ang Beri Pendapat

Sebelum ini tular dengan video adegan mesra yang melibatkan pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle. Video berkenaan memaparkan dua-dua pelakon ini sedang berpelukan dan telah menjadi perhatian warga netizen di laman TikTok. Ada yang mempersoalkan adegan mesra tersebut kerana Emma dan Shah sudah pun mendirikan rumah tangga.

Tidak terhenti disitu, muncul pula video di TikTok yang mendakwa Emma menepuk punggung Shah Jaszle dan berpelukan mesra.


Baru-baru ini, pengarah drama ‘Mati Pucuk’ Michael Ang, tampil memberikan pendapatnya tentang isu tersebut kerana dia sendiri tidak mengetahui tentang video yang berkenaan.

Memetik laporan mStar, dia enggan mengulas panjang berkenaan Emma Maembong dan Shah Jaszle.

‘”Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara in sebab tidak tahu apa-apa malah tidak lihat sebarang video seperti diperkatakan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Michael Ang menjelaskan berkenaan video yang memaparkan Emma dan Shah yang memakai busana pengantin itu adalah itu menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama Mati Pucuk. Bahkan, bagi menjayakan watak yang dilakokan mereka perlu dilihat mesra kerana baru berkahwin.

“Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaraan babak sesi fotografi perkahwinan. Mustahil kita hendak lakukan babak perkahwinan dengan mengenakan jarak empat meter,” jelasnya.

Sebagai pengarah drama Mati Pucuk, Michael Ang turut tidak mahu mengulas lanjut berkenaan pelakon tersebut yang sudah berumah tangga tapi melakukan adegan yang melampaui batas. Michael juga tidak memaksa penonton untuk melihat drama tersebut jika merasakan babak Emma dan Shah kurang menyenangkan untuk dilihat.

“Saya tidak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu lihat, tonton siaran TV Al-Hijrah,” tambahnya lagi.


Sekadar info,Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 08 November 2020 yang diberi nama Shariq Gabriel.

Manakala,Shahz Jaszle telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan dan anak lelaki Alana Jasmeen Jaszle, Ayden Jasreen Jaszle.