Jalani Prosedur Buang Tiub Fallopio Demi Zuriat, Madammu Mohon Doa Ramai

Kehadiran cahaya mata sama ada laki atau perempuan sememangnya ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri.

Apatah lagi, anak itu adalah rezeki dan pelengkap kasih sayang juga membawa keceriaan di dalam keluarga.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan pengasas kosmetik terkenal Noir Beauty, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebeleum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin lalu.

Menerusi coretan diari Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.

“Hari in 18/7/2022, Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perl laluinya juga.

“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo,” tulisnya.

Dia juga meluahkan perasaan sedihnya apabila menulis coretan beliau kerana memikirkan apa nasib anak-anaknya andai kata dia ditidurkan dan tidak bangun kerana pembedahan itu.

Meskipun banyak cabaran dan usaha yang dihadapinya untuk memiliki zuriat, namun dia percayan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmanya.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik oleh Madammu di aplikasi Tiktok sebelum membuat pembedahan @noir.zm dia menulis kapsyen agar semuanya dipermudahkan.

“Doakan Operation Fallopian Tube Madammu berjalan lancar dan selamat 💜🤲”

Meskipun sebelum ini beliau dan suami mengakui mula ikhtiar untuk memiliki cahaya mengenangkan tiga anak mereka kini kian menginjak dewasa.


Meninjau di ruangan komen diari dan juga Tiktok Madammu ramai di antara peminatnya turut merasakan kesedihan dan mendoakan agar IVF yang dilakukan berjaya.

“Moga dipermudahkan cepat dapat baby ye madam”.

“Madam seorang ibu yg kuat.. pengorbanan madam akan membuahkan hasil yg bahagia tak lama lg. Sayang madam..semoga cepat sembuh madam & di permudahkan semuanya..aamiin”


“Moga dipermudahkan segala urusan madammu dan semoga berjaya mendapat zuriat nanti.”


“Sedih nye..semoga Allah memudahkan segala urusan madammu n Tp.. InsyaAllah..madammu sudah byk berkorban utk ank2 ini Dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.. InsyaAllah..doa kami semoga madammu akan mencapai apa yg dihajati.. InsyaAllah aminn”.

Video Tiktok Madammu :

@noir.zm Doakan Operation Fallopian Tube Madammu berjalan lancar dan selamat 💜🤲 #madammu #ladyofnoirmalaysia #noir #ivf #ivfjourney #fyp #fypシ #foryou ♬ suara asli – semangat yuk