“Dia pandai break the number,” Baru Usia 4 Tahun, Kehebatan Nouman Congak Matematik Jadi Perhatian

Selain menyediakan makanan yang cukup, tempat tinggal yang selesa dan pakaian yang elok, ibu bapa juga bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Seperti yang kita tahu, ilmu tersangatlah penting di dalam kehidupan seharian kita. Tambahan pula dalam zaman yang makin moden dan canggih ini.

Seorang ibu telah berkongsi sebuah video di mana dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke playschool.

Playschool adalah tempat di mana anak-anak boleh bermain bersama-sama rakan yang lain di situ yang mmbuatkan anaknya teruja untuk ke sekolah.

Hantar playschool suruh main, tapi nak belajar math

Namun sebelum anaknya turun dari kereta ke sekolah, iaitu Nouman yang juga berumur empat tahun telah mengajak ibunya, Syaza Shaman bermain quiz Matematik!

Apa yang mengujakan warganet di TikTok adalah apabila Nouman tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan Matematik yang diberi oleh ibunya.

Nouman kira tak guna jari, breaking the numbers

Video TikTok yang berdurasi 3.55 saat itu memaparkan kepintaran Nouman menyelesaikan operasi tambah.

Jawapan yang diberikannya sentiasa betul walaupun ada tersangkut di beberapa soalan.

Warganet juga kagum dengan kelebihan Nouman yang tidak mengira menggunakan jari malah dia cuma mencongak dan menggunakan metod memecahkan nombor.

Walaupun baru berusia empat tahun, namun dia sudah menonjolkan minatnya ke arah subjek Matematik.

Beberapa minit kemudian dia kelihatan penat mengira tapi masih meminta satu lagi soalan terakhir daripada ibunya.

Hanya hantar ke babysitter dari kecil

Menurut Syaza, Nouman baru tiga hari ke sekolah playschool untuk percubaan dan sebelum ini dia hanya menghantar Nouman kepada babysitter sejak dari kecil.

“Nouman saya hantar ke babysitter dari kecil. Sebenarnya masa record video ni kami suka-suka aje sebab baru hari ke-3 trial untuk masuk playschool yang playbased.”

Nouman tak lokek senyuman

Walaupun kepenatan, dia tetap berjaya menjawab soalan terakhir dengan pantas dan tepat!

Nouman juga tak lokek dengan senyuman sepanjang menjawab quiz Matematik bersama ibunya sehingga memperlihatkan lesung pipitnya.

Rata-rata warganet teruja dengan kelebihan Nouman. Sudahlah bijak Matematik, cara percakapannya yang sopan dengan ibunya juga mencuri perhatian ramai.

Video yang dikongsi oleh Syaza Shaman telah meraih 133.4 ribu tontonan, 18.4 ribu tanda suka, 334 komen dan lebih 405 perkongsian!

Video yang tular di laman TikTok:

@syazashaman##playschool ##mathematics ##math ##kids ##boy ##son ##family ##love ##toddler ##motherhood♬ original sound – syazashaman

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecerdasan Nouman dan berharap Nouman akan menjadi seorang yang hebat apabila sudah besar nanti.

Malah, ada juga yang berharap agar dikurniakan cahaya mata yang sebijak Nouman pada suatu ketika nanti.

Berikut adalah komen-komen menarik di TikTok

“Tak expect dia pandai break the number. goodluck in future abang !!!”


“PANDAINYA TAK PAYAH KIRA GUNA JARI”

“Smart boy ! cakap pun polite jee, semoga membesar menjadi orang hebat dik”