Beli Sotong Tapi ‘Percuma’ Ikan di Dalam, Netizen Syak Peniaga Sengaja Letak

Seperti yang kita tahu, banyak perniagaan golongan-golongan peniaga terjejas akibat PKP yang melanda di negara kita termasuklah peniaga barang basah seperti ayam dan ikan. Namun hari demi hari wabak pandemik di negara kita pun semakin pulih.

Dan inilah masanya yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga untuk memulihkan semula perniagaan mereka yang sudah terjejas setelah sekian lama. Ada yang gigih bekerja keras untuk mendapatkan hasil namun ada juga segelintir peniaga yang tidak jujur semasa berniaga.

Samalah keadaannya seperti seorang wanita yang bernama Iffaaisya Mohd Zin. Dia terkejut apabila sotong yang dibelinya dari sebuah kedai terkandung 4 ekor ikan di dalam perutnya!

Kejadian tersebut terjadi apabila dia sedang menyiang sotong di dapurnya dan tiba-tiba terjumpa 3 ekor ikan kecil dan seekor lagi ikan yang saiznya agak mustahil untuk ditelan oleh seekor sotong biasa.

“Cuma konfius mcmana sotong tu makan bapok besar ikan tu. Tamak kau kan”

Dia hairan dan keliru bagaimana sotong tersebut boleh menelan ikan yang sebesar itu.

Setakat ini, video berdurasi 13 saat yang dikongsi oleh Iffaaisya telah meraih sebanyak 1.2 juta tontonan, 51.8 ribu tanda suka, 615 komen dan 202 perkongsian!

Video yang tular di TikTok

@iffaaisyamohdzinSotong mengandung ikan 🤣 ikan tu boleh makan dop gais? ##fyp♬ Love Nwantiti(Remix) – Ꮲ Ꭺ Ꮍ Ꮪ Ꭺ Ꮑ Ꮻ 👑

Menjengah ke ruangan komen, bermacam-macam pandangan yang diberi. Ada segelintir pengguna TikTok yang berburuk sangka terhadap peniaga sotong tersebut. Kata mereka, boleh jadi jika peniaga meletakkan ikan ke dalam perut sotong untuk memberatkan lagi timbangan. Motifnya adalah untuk mengaut untung yang lebih.

Namun ada juga yang menidakkan kenyataan tersebut kerana ada yang berkata mereka pernah melihat ikan sebesar itu berada di dalam perut sotong. Selain itu, ramai juga yang bersifat positif mengatakan dalam video tersebut tidak memaparkan mana-mana kesan tebuk pun pada sotong itu kalau mahu mengatakan peniaga tersebut menipu. Malah masih ada selaput di perut sotong tersebut.

Berikut adalah komen-komen di TikTok

“Ramainya negatif sini. tak semua la peniaga sumbat ikan dalam sotong. Lagipun boleh tau kalau tipu.”

“Tak baik ckap camtu .. Sy peniaga stong taon leps setahun , mmg bnyk sngt2 dlm stong Ada Ikan , kecik Dan bsr”


“ada sesetgh kedai segaja ltak ikan kat dalam sotong utk buat berat timbangan,”