Majlis ‘sambut menantu’ bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berlangsung pada hari ini di Rembau Negeri Sembilan.
Ternyata majlis yang diadakan di kampung halaman Aidil itu sangat meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan para peminat.
Berkonsepkan melayu klasik, Fasha dan Aidil disambut bagaikan Raja dan Permaisuri zaman dahulu, siap naik tandu lagi!
Menurut pereka fesyen, Rizman Ruzaini, konsep yang digayakan oleh Fasha dan Aidil pada majlis ini adalah adaptasi busana tradisional Negeri Sembilan.
Baca: Biodata Fasha Sandha
Fasha kelihatan sangat cantik dan menyerlah dengan rekaan yang simple!
Video Fasha dan Aidil di atas tandu
Sebelum ini, Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019.
Pasangan selebriti berkenaan difahamkan bernikah di kampung halaman aktres itu di Perlis.
Majlis berkenaan turut dikongsi Instagram TV3 Malaysia.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.
“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulis penjaga akaun laman sosial itu.
Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu. Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.