“Dia ingat abang cucu dia kot” Tak Ingat Alamat Rumah, Rider Bantu Hantar Warga Emas Cari Jalan Pulang

Menjadi seorang rider bukanlah satu pekerjaan yang mudah memandangkan pelbagai video yang dapat kita lihat di media sosial. Ada yang Indah, ada yang sebaliknya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penghantar makanan berkongsi pengalamannya tersendiri apabila berjumpa dengan seorang warga emas yang berada di dalam kesusahan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khuzaimie_lemat1.0, warga emas tersebut sesat dan tidak dapat menemui jalan pulang ke rumahnya.

Difahamkan dia menjumpai warga emas tersebut sewaktu dia baru sahaja ingin memulakan pekerjaannya.

Warga emas tersebut menahannya dan meminta tolong untuk menghantarnya pulang. Namun apa yang membuatkan lelaki ini ‘pening’ adalah warga emas itu tidak mengingati alamat rumahnya.

Disebabkan buntu, lelaki ini akhirnya membawa warga emas tersebut ke balai polis untuk pengesahan identiti dan menghubungi ahli keluarga terdekat.


Tidak lama kemudian, warga emas itu selamat dibawa pulang oleh keluarganya malah turut berterima kasih atas bantuan lelaki ini.

Di penghujung video, lelaki ini sempat berpesan pada siapa yang menjumpai ‘aunty’ ini, minta membawanya ke balai polis berdekatan kerana dia mengalami penyakit nyanyuk (lupa) dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tindakan baik lelaki tersebut yang sanggup menghabiskan masanya membantu warga emas itu.

Antara komen warga maya:
“Dia ingat abang cucu dia kot.”

“Pernah jadi macam ni tapi waktu malam suruh hantar dekat rumah. Pergi-pergi pas orang tu turun dekat kubur…”


“Terbaik lah bro.”

“Terbaik bosku. Inilah yang dinamakan 1 Malaysia. Dan contoh seorang manusia bermanfaat kepada manusia lain…”

Video yang tular di laman TikTok:

@khuzaimie_lemat1.0 Sesiapa jika jumpa Auntie ni lagi berlegar-legar kau orang boleh terus hantar ke balai polis je sebab memang dah kerap belaku gini #fyp #foryoupage #fypシ ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

@khuzaimie_lemat1.0 Membalas kepada @nizfatenh Alhamdulillah pihak polis dah call waris dia untuk pickup auntie ni dekat balai tadi #fypシ #foryoupage #fyp ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA