“Art Berat” Anak Basuh Kereta Dengan Penyapu, Hasilnya Buat Ibu ‘Pening’

Anak-anak sememangnya suka menguji kesabaran ibu bapa dengan membuat sesuatu diluar jangkaan kita. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dilakukannya.

Pun begitu, sebagai ibu bapa, ini lah masa untuk mengajar mereka mana yang baik dan mana yang buruk.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak membantu ibunya membasuh kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di halaman DashCam Owners Malaysia di Facebook, dapat kita lihat pada awalnya kanak-kanak tersebut sedang mandi di dalam kolam bersama adik beradiknya yang lain.

Kanak-kanak itu kemudian dilihat menjirus air pada bahagian hadapan kereta menggunakan bekas siraman pokok yang dijumpainya.

Tidak cukup dengan itu, dia membawa sebatang penyapu dan membasuh kereta tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Siapa sangka, terdapat banyak kesan calar di bahagian hadapan kereta yang baru sahaja dibelinya malah tidak sampai sebulan menjadi miliknya.


Ibu kepada budak lelaki tersebut telah pun menghantar kereta tersebut ke bengkel untuk menghilangkan kesan calar itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap baik budak lelaki tersebut membantu ibunya membasuh kereta walaupun menggunakan peralatan yang salah.

Antara komen warga maya:
“Nak marah pun tak guna, kita gelakkan je tengok perangai anak-anak.”

“Kalau takde dashcam mesti si oyen jadi suspek.”


“Alhamdulillah, beruntung tau ada anak yang rajin ni. Sambil dia mandi, dia tolong cuci kereta sekali.”

“Takpe bertabah je, benda boleh polish paling-paling pun cat balik…”

Video yang tular di Facebook: