“Rindu tiada penghujung” Healing Di Pusara Ibu, Cara Lelaki Ini ‘Berbual’ Sambil Tersenyum Buat Ramai Sebak

Jodoh ajal maut semuanya di di tangan Tuhan, tidak lewat sesaat bahkan tidak cepat sesaat namun sebagai hamba, kita perlu redha dengan segala ketentuan dan terima dengan hati yang terbuka.

Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini berkongsi bagaimana cara dia ‘healing’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @matdjeran, kelihatan dia meluangkan masa di kubur ibunya bahkan sempat berborak mengenai kehidupannya sambil bebarinh di sebelah pusara ibu tercinta.

“Ibu boleh tak kita baring dekat sofa macam dulu-dulu tu”, katanya.


Walaupun kita lihat dia tersenyum namun jelas terpancar kesakitan yang dirasai setelah ibunya pergi buat selama-lamanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui cara lelaki ini healing sememangnya lain daripada yang lain.

“Disebalik senyuman ada rasa rindu yang sangat menggebu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar lelaki ini terus kuat menjalani kehidupan seharian tanpa sosok seorang ibu.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing setelah orang yang mereka cintai terutamanya ahli keluarga pergi buat selama-lamanya

Antara komen warga maya:

“Cinta pertama seorang lelaki ialah ibunya.. diluar tampak senyum, didalam menangis”

“Menghiburkan diri walaupun hati kacau..”


“Rindu yang tiada penghujungnya”

“Ini lah cerita random seorang anak laki2 kepada ibunya yang sudah tidak adaa”

“Mulut boleh senyum tapi mata tak boleh bohong”

“Pada dasarnya anak laki laki lebih takut kematian orang tuanya berbanding kematiannya sendiri”

“Rumah tanpa lampu pun dah gelap, apatah lagi hidup tanpa seorang ibu.. semangat bang..”


Video yang tular di laman TikTok:

@matdjeranhealing di tempat ibu

♬ suara asli – Adi Tayadih