Connect with us

Semasa

“Dia banyak buat status berkenaan akhirat” Remaja Lemas Setelah Selamatkan 2 Rakan


Suasana pilu menyelubungi perkarangan Bilik Mayat Hospital Hulu Terengganu malam tadi ketika jenazah mangsa lemas, Faris Iskandar Mohd Radhi, dituntut keluarga kira kira jam 11.30 malam.

Menurut bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin, 49 tahun, anaknya berada di tebing sungai ketika melihat kelibat dua rakannya hampir lemas.

“Asbab kematiannya ialah, menyelamat dua mangsa lemas. Salah seorang daripada mangsa berumur 12 tahun, seorang lagi lebih kurang 25 tahun. Yang 25 tahun itu dalam keadaan sawan ketika dalam air.


“Kemudian, anak saya pergi berenang ke arah mangsa untuk selamatkanlah. Pertama, dia selamatkan yang umur 12 tahun, kemudian yang kedua. Dia selamatkan kedua-duanya. Tetapi, anak saya tenggelam,” kata Mohd Radhi.


Faris Iskandar, pelajar Admal Aviation College, mati lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang, di sini, pada petang Khamis.

Dia tenggelam selepas menyelamatkan dua rakannya yang lemas ketika mandi di sungai berkenaan.


Menurut Mohd Radhi, dia menyedari perubahan sikap anak ketiga dari lima beradik itu baru-baru ini tetapi tidak menyangka apa-apa.

“Dia cuma banyak ‘update’ status di WhatsApp berkenaan dengan akhirat. Kemudian, dia banyak menegur kawan-kawannya tentang pentingnya hidup kita ini, tentang solat. Dia kata, masa kita tak lama.

“Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tetapi, itulah, kita tak ambil pusing sangat perkara itu.

“Mungkin kerana, dia budak remaja, kan. Dia juga banyak habiskan masa di surau,” tambahnya, bercerita mengenai arwah anaknya yang menurutnya mula menyertai aktiviti lasak pacuan empat roda sejak berusia 10 tahun.

Menerusi perkongsian Facebook, abang Allahyarham memohon doa orang ramai untuk sedekahkan alfatihah buat adik kesayangannya itu.

“Adik kesayangan saya Faris Iskandar Blues telah kembali ke Rahmatullah petang tadi… Mohon sedekahkan AlFatihah utk beliau…

“Kepada yang mengenali atau rakan dia minta contact saya abang dia sbb phone dia xboleh nak buka 019-5684035 (Zakwan)”

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu pagi ini.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)