[VIDEO] Wanita China Disamun Menjerit Minta Tolong, Koperal Polis Diberkas

Seorang wanita berusia 29 tahun warga China telah disamun oleh tiga individu yang tidak dikenalinya.

Insiden dipercayai berlaku pada 23 Ogos, jam sekitar 7.00 petang di sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana.

Menerusi video yang dimuatnaik, tangan mangsa dipegang dan terus diheret ke kawasan parkir kereta berdekatan.

Melalui Facebook Info Roadblock JPJ/ Polis, difahamkan mangsa merupakan seorang jurujual sedang minum bersama rakannya di kedai makan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Superintendan Mohd Azam Ismail melaporkan salah seorang daripada tiga individu itu merupakan seorang polis berpangkat koperal.

Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

Video 

Orang ramai segera datang menghampiri mangsa setelah terdengar jeritan itu. Dua individu berjaya melarikan diri manakala seorang berjaya ditahan orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, siasatan mendapati individu yang berjaya ditahan itu adalah merupakan seorang anggota polis.

Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan. Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.